Perkhidmatan e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Menerusi Telefon Pintar (SMARTPHONE).



Mulai tahun depan dijangkakan pembayar cukai boleh menggunakan perkhidmatan e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi telefon pintar (smartphone).

Ketua Pegawai Eksekutif Digicert Sdn Bhd Datuk Noor Azli Othman berkata pihaknya sedang menjalankan beberapa kajian dan ujian untuk memastikan kesesuaian penggunaan smartphone di dalam sistem e-filing.

"Kita sedang menjalankan kajian terutama daripada aspek keselamatan untuk memastikan maklumat pembayar cukai tidak dapat disalahguna," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noor Azli berkata Digicert turut berpendapat teknologi 'Date Time Stamping' sesuai digunakan LHDN dalam usaha mempertingkatkan produktiviti dan sistem penyampaian kepada pembayar cukai yang dapat mempastikan segala rekod yang disimpan secara digital adalah sah di segi undang-undang.

Terdahulu, beliau yang mewakili Digicert menandatangani kontrak perkhidmatan membekal, memasang, menguji,
mentauliah serta menyenggara infrastruktur kunci awam (PKI) untuk sistem e-filing dengan LHDN, yang diwakili CEO dan Ketua Pengarahnya Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar.

Digicert ialah syarikat sekutu Pos Malaysia Berhad yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan penyedia sistem e-filing sejak tahun 1996
.
(BERNAMA)

NOTA KAKI: Selepas ini jangan pula ada alasan "terlupa nak buka internet hantar borang isytihar pendapatan melalui online". Jika dulu alasan tak sempat nak beratur kerana orang ramai di pejabat LHDN, mulai tahun depan di jangka perkhidmatan ini (melalui SMARTPHONE) boleh dilaksanakan. Harapan saya semakin mudah dan cepat urusan ini di masa akan datang seiring dengan perkembangan teknologi yang memerlukan kita bertindak cepat. Sudahkah anda  mengisytihar pendapatan anda tahun lepas? Anda boleh layari link yang saya berikan di bawah. Tarikh tutup adalah 30-April-2011.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mac 30, 2011

13 Komen:

  1. Assalam Zul, kawan belum berkelayakan membayar dgn LHDN nie pendapatan cipot aje :)

    BalasPadam
  2. @akuanakpahang

    Tak apa Yassin..
    janji hati senang..
    :D

    BalasPadam
  3. As salam...

    Koi xdok hp pintar..heheh..
    Pakai hp buruk dah 5 thn x bertukor..

    BalasPadam
  4. @Cik SHiNJU

    Kalau begitu handphone tak pintar
    aok yang PINTAR..guna apa yang perlu je yak..?
    :D

    BalasPadam
  5. makin lama makin mudah.
    tak boleh nak bagi alasan macam macam dah

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Alhamdulillah satu lagi kemudahan awam bakal kita perolehi. System yang ada sekarang pun sudah cukup memudahkan.

    BalasPadam
  7. cayalah..mmg ada perubahan..bagus tue..

    BalasPadam
  8. wah canggih tu...tapi lebih best lagi gi beratur bila time nak settle e filling

    BalasPadam
  9. As salam..
    Semakin memudahkan urusan tp kemudahan yg ada kadang-kala membuatkan org semakin malas dan berlengah-lengah..

    5 Blog Paling erap Dilawati 2011Teratak Usang

    BalasPadam
  10. salam
    nampak macam tak ada alasan lagi untuk tidak membayar cukai
    cekap juga kerajaan nak dapat duit ni
    hehe

    BalasPadam
  11. Tunaikan tanggungjawab...satu daripada tugas penting kita sebagai warganegara. Semoga rm tu akan disalurkan ke jalan yang betul...aminn

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama11 April, 2011

    Couldnt agree more with that, very attractive article

    clomid

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama07 Ogos, 2011

    Hi there, I found your blog via Google while searching for a related topic, your site came up, it looks good.

    BalasPadam