Antara Elizabeth Taylor Dan Fasha Sandha



Kedua-duanya bintang, nak kata ternama keduanya pun ternama dan sentiasa menjadi sebutan baik di dunia seni mereka mahupun di alam siber.Hari ini saya ingin berkisah tentang kisah cinta kedua-duanya yang mewarnai dunia seni.

Elizabeth Taylor seperti yang kita semua ketahui telah melangsungkan perkahwinan sebanyak 8 kali dengan 7 orang lelaki.Diakui kecantikkan beliau menjadi kegilaan lelaki yang hidup sezaman dengan beliau.Mari kita sorot kembali kisah perkahwinan beliau.


 
Pada 6-Mei-1950, di usia 22 tahun Elizabeth Taylor mengahwini  Conrad Hotel “Nicky” Hilton. Pasangan ini bercerai 9 bulan kemudian.


 
Pada 21 Februari 1952 Elizabeth berkahwin dengan pelakon Michael Wilding yang berusia 20 tahun tua dari beliau dan di anugerahkan 2 cahayamata Michael Howard dan Christopher Edward.Mereka akhirnya bercerai.


 
Pada 2 Februari 1957 Elizabeth mengahwini suami ke-3 beliau seorang produser Michael Todd.Setahun kemudiannya, Michael meninggal dunia akibat kemalangan kapal terbang peribadi beliau yang di beri nama sempena "LUCKY LIZ" berhampiran New Mexico.Satu-satunya perkahwinan beliau yang berakhir tanpa perceraian.


 
Kawan baik Michael Todd,Eddie Fisher menenangkan Elizabeth selepas kematian Michael Todd tetapi akhirnya menjalin hubungan intim bersama Elizabeth selepas itu.Mereka akhirnya berkahwin pada 12-Mei-1959 di mana menyaksikan perceraian Eddie Fisher dengan pasangan sebelumnya Debbie Reynolds.Elizabeth dan Eddie akhirnya bercerai juga pada 1964.



 
Richard Burton merupakan lelaki yang mewarnai hidup Elizabeth dengan 2 kali perkahwinan dan 2 kali perceraian.Mereka berkahwin kali pertama pada 1964 dan bercerai pada 1974 tetapi berkahwin semula pada 1975 dan bercerai lagi 9 bulan kemudian.


 
Disember 1976 Elizabeth mengahwini US Senator dari Virginia,John Warner selama 6 tahun yang akhirnya beliau meninggalkan kehidupan mewah di Washington kerana menurut Elizabeth beliau tidak gembira cara hidup ahli politik.


 
Suami terakhir beliau  ialah Larry Fortensky, seorang pekerja kontrak.Mereka berdua berkahwin di kediaman Michael Jackson yang merupakan rakan baik Elizabeth di Neverland Ranch pada 6 Oktober 1991.Pada tarikh 31 Oktober 1996, kedua pasangan ini berpisah.
 
Akhirnya di usia 79 tahun pelakon popular ini menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat kegagalan jantung di Cedar Sinai Hospital di kelilingi ahli keluarga pada 23-Mac-2011.


 
Fasha Sandha..ermmm,manisnya bila bertudung tapi masih belum berkahwin.Agaknya bila berkahwin nanti dengan siapa lah jodohnya ye?Hanya beliau yang empunya diri dan takdir Allah jua penentu segalanya.Masih tercari-cari jodoh yang terbaik agaknya.Harapan bila berkahwin nanti biarlah kekal sehingga ke hujung nyawa.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 29, 2011

13 Komen:

  1. selebriti dan kahwin cerai macam tak dapat dipisahkan...

    BalasPadam
  2. As salam..
    Ramainya suami dia tp anak tak ramai pun..

    BalasPadam
  3. Boleh buat tesis tentang Elizeberth Taylor..tapi nampak fokus kat perkahwinan..obses tentang perkahwinan...hehehe...seronok gamaknya banyak laki..tapi tentang Fasha Sanda jangan lah hang rasa gundah gulana sebab aku dah hantar rombongan meminang-tujuh dulang hati nyamuk....

    BalasPadam
  4. Jangan fasha ngikut cara Elizabeth Taylor sudoh :)

    BalasPadam
  5. tak sama fasha dgn elizabeth taylor nih sebb fasha x kawin2 lagi heheheh

    BalasPadam
  6. Hmmm.. masih tak nampak kaitan Elizabeth & Fasha kecuali kedua-dua popular dengan kontroversi dalam menjalin perhubungan...

    Err lawa juga si Fasha ni jika bertudung :)

    BalasPadam
  7. Fasha memang cantik dan lebih cantik jika ia terpelihara..

    BalasPadam
  8. salam zul..

    Sikit je cerita fasha sandha..hehe

    BalasPadam
  9. @ozzy

    Dah banyak blog berkisah
    tentang dia..aku ambik
    bab kahwin dia dah la..
    bila ???ermmm...Asyik bercinta
    je kan..?
    :D

    BalasPadam
  10. elizabeth Taylor suka tukar2 suami, fasha sandah suka tukar2 bf.? erkkk...sama ke?hihihi

    BalasPadam
  11. Liz Taylor Taylor cantik btl muda2 dulu yek..

    BalasPadam
  12. cantik btul elizabeth Taylor...
    saya peminat fasha sandha... ;)

    BalasPadam
  13. salam,

    saya mmg admire sungguh dgn muka elizabeth nih!!
    cantik betul wanita ni....

    p/s: tak berkenan dgn fasha huhu

    BalasPadam