Pilihanraya Kecil DUN N27 Merlimau Melaka


Pilihanraya DUN Merlimau dijangka akan diadakan pada 6hb Mac 2011 manakala penamaan calon akan diadakan pada 26hb Februari 2011 berikutan penyandang jawatan DUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang meninggal dunia pada 20 Januari 2011 kerana sakit jantung.

Dalam Pilihanraya Umum 2008,seramai 10 471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau. Daripada jumlah tersebut,seramai 64.69% pengundi adalah berbangsa Melayu,21.11% Cina,14.16% India dan baki 0.04% pengundi lain-lain kaum.

Secara geografinya pula,Merlimau adalah sebuah pekan kecil dalam Daerah Jasin,bersempadan dengan daerah Muar di Johor.Dun N27 Merlimau mempunyai tujuh buah daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin,Jasin Lalang,Ladang Merlimau,Merlimau Pasir,Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Secara umumnya,Merlimau adalah sebuah perkampungan tradisional Melayu,yang bercampur dengan pekan kecil dan ladang.Kaum Cina kebanyakannya tinggal di pekan,Melayu di kampung dan India di Ladang.Merlimau kini semakin membangun sebagai antara pusat pendidikan tinggi di Melaka dengan kewujudan Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin. 

Antara sebab mengapa Pilihanraya Kecil Dun Merlimau dianggap penting dan menarik adalah kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu (Pas mahupun PKR).Jadi, sesamalah kita nantikan perkembangannya nanti.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 19, 2011

20 Komen:

  1. Salamn Zul, Selamat mengundi buat org merlimau pilih bior le betul :)

    BalasPadam
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga sdra sihat hendaknya...
    Ya...kita tunggu keputusannya nanti

    BalasPadam
  3. Salam.
    Selamat mengundi kepada orang Merlimau.
    Ingat, undi anda adalah rahsia... [",]

    BalasPadam
  4. aisemen, den org mlk tapi tak udin pun..klo rustam mmg undi kot heeee

    BalasPadam
  5. Menurut berita terkini (pagi tadi) DUN Kerdau pun akan diadakan pada hari yg sama hari mengundi di Merlimau. Fantastic.... kita lihat dan tunggu!!....

    BalasPadam
  6. Semakin banyak pilihanraya kblkangan ni..moga ianya telus dan adil.. :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum abg zul..

    serentak dengan Kerdau..jimat belanja kans..

    BalasPadam
  8. selamat mengundi...

    Terkini dari AUC dot com: 8 Cara Elak Daripada Hantu

    BalasPadam
  9. wah! byk pilihanraya plak skrg ni

    BalasPadam
  10. assalam.. merlimau kampung mak den hehe

    BalasPadam
  11. tunaikan kewajipan bg mereka yg layak..selamat mengundi..jgn terslh undi sudahlah.hehe

    BalasPadam
  12. tunaikan tanggungjawab anda kepada pengundi Merlimau

    BalasPadam
  13. banyok la lagi kena labur ni

    BalasPadam
  14. marilah mari...pergi mengundi...
    tunaikanlah kewajipan pada negara...

    BalasPadam
  15. Dua PRK serentak 6 Mac...kita tunggu apa pilihan rakyat di kedua2 tempat...

    Moga yg terbaik tunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab :D

    BalasPadam
  16. salam
    dua serentak ke?
    kalau kira senang, bagi sorang satu tak boleh ke?
    hehe

    BalasPadam
  17. @Azman Md Safiee

    Iklan nampak??
    20% komisen ye?
    he he..

    BalasPadam
  18. وعليكم السلام
    semua..terima kasih
    kerana sudi meluangkan
    masa mencoretkan komen
    anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam