Makhluk Halus Oh Makhluk Halus



Salam semua, ini berita tentang makhluk halus yang siap tinggalkan not Rm10 sambil mengucapkan selamat tinggal pada penduduk di Kota Bahru, Kelantan sempena tahun baru lepas.Ermm, musykil pun ada kan?

Tapi berita pun dah masuk dalam akhbar aliran perdana.Sedikit sebanyak terpengaruh juga saya untuk  mempercayainya.Bagaimana anda..?Kisah makhluk halus memang penuh dengan misteri.

KOTA BHARU: Rumah misteri yang dikatakan diganggu makhluk halus di Kampung Bunga Emas, Panambang, dekat sini sejak seminggu lalu terus mendapat perhatian dan dikunjungi orang ramai.

Kemuncak kepada perhatian orang ramai apabila pemilik rumah berkenaan, Zainab Sulaiman, 75, memanggil bomoh untuk menghalau makhluk halus itu petang semalam.

Malah ketika bomoh berkenaan, Abdul Razak Mohamad, 50, melakukan kerja menjampi di ruang tamu rumah itu tiba-tiba keluarga itu dikejutkan dengan kejadian kebakaran pada kain dan tilam di bahagian dapur dan bilik tidur Zainab.

Zainab berkata, gangguan itu agak reda sedikit selepas penduduk kampung mengadakan solat hajat secara beramai-ramai selepas solat Jumaat semalam.

“Kira-kira jam 3 petang semalam, saya terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10 yang tercatat dakwat merah ditulis perkataan ‘Selamat Tinggal Semua’ dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu,” katanya kepada pemberita.

Sejak seminggu lalu, gangguan makhluk halus itu semakin kerap berlaku apabila beratus-ratus helai pakaian Zainab dan cucunya dibakar dan dikoyakkan selain membakar tilam, selain merosakkan beras dengan mencampurkan dengan pewarna serta budu.

“Memang cara makhluk halus ini mengganggu kami seolah-olah sengaja mengkhianati dan berdendam dengan keluarga kami,” kata Zainab, seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 30 tahun lalu.

Zainab berkata, beliau sudah puas berikhtiar sehinggalah Anggota Dewan Undangan Negeri Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar membantu mendapatkan bomoh.Gangguan makhluk halus itu kebiasaannya berlaku antara jam 7 pagi hingga malam pada setiap hari.

“Kadang-kadang kelihatan api menyala di bahagian tamu rumah, apabila kami berkejar memadamkan kebakaran itu, kelihatan pula api menyala di bahagian dapur dan dalam bilik pula.

“Kami sudah membaca ayat al-Quran dan berdoa supaya dilindungi daripada gangguan makhluk halus itu, tetapi tidak juga dapat dihapuskan, sehinggalah kami panggil bomoh dan solat hajat beramai-ramai,” katanya. BERNAMA 

 Berlainan dengan kisah saya di kampung sempena pulang bercuti 3 hari lepas.Kisah hantu pontianak yang menyerang Jengka 4 awal tahun lepas rupanya ada juga di Jengka 3, kampung saya.Cuma tidak mendapat liputan media berbanding kisah pontianak di Jengka 4 itu.

Begini kisahnya, bulan lepas heboh di kampung saya(Jengka 3) menceritakan ada beberapa rumah di ganggu sesuatu yang melompat di atas bumbung rumah.Jika tupai atau kucing biasa dah, malah atas atap rumah kedua orang tua saya juga selalu berlaku.

 
Tapi ini berlainan, lompatannya mengalahkan anak kambing melompat atas bumbung, bila di lihat tidak pula kelihatan.Maka beberapa orang penduduk mengambil kata putus untuk mengintai pada satu malam.
 
 Dimulakan dengan majlis membaca surah yassin, dan beberapa orang pemuda kampung menunggu saat timbulnya makhluk apakah yang melompat atas bumbung rumah itu. 
 
Ermmm..nak jadi cerita akhirnya, makhluk yang di nanti pun tiba.Subhanallah, menurut sumber rakan yang saya percayai, beliau melihat dengan mata dan kepalanya sendiri. 
 
Seekor pontianak yang melompat selama ini di atas bumbung rumah itu rupanya.Tidak berkepala, berkelubung serba putih terbang melayang dari satu bumbung ke satu bumbung.
 
 Berkat bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan keberanian yang beliau ada, beliau menyuluh makhluk itu dengan lampu picit.Takut lampu juga makhluk ini, terus terbang melayang ke hutan berhampiran dan menghilang.

Dua orang rakan yang turut meyaksikan peristiwa itu, salah seorang darinya pengsan kerana terkejut.Alahai.. cuba anda bayangkan?Tidak tergambar oleh saya betapa beraninya rakan saya tersebut.Bukan calang orang yang sanggup menghadapinya.

Keesokkannya, mana rumah yang terlibat mengadakan bacaan surah yassin di setiap rumah selama beberapa hari.Alhamdulillah, makhluk itu setakat ini tidak lagi kembali melompat di atas bumbung rumah.

Sekadar berkongsi kisah yang saya dengar dari mulut ke mulut, seandainya ada pihak yang terlibat dalam peristiwa tersebut dan ingin menambah bolehlah lampirkan di ruangan komen.Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 03, 2011

29 Komen:

  1. Salam...

    uiii...seram koi baca kisah pocong ter..
    Koi ni penakut amat orgnyer..Dulu dok hostel
    ade gek mende2 gitu...Amalkan doa pendinding jelah..

    BalasPadam
  2. uih... banyok pulok antu, mesti dorang terpengaruh dengan crita antu yang tengah banyak kat panggung dan tv kita, tu yang dorang kluo ter

    BalasPadam
  3. uiii..seram...
    tak jumpa pun tak pe lah!
    letih dah selalu nampak benda2 gini!

    BalasPadam
  4. ada gak hantu bg duit cmtu.. hurm mcm2 lah. meremang bulu roma hhihi

    BalasPadam
  5. owh, kebetulan pulak rumah yg aku baru duduk skg (sebenarnya rumah sendiri yg dah bertahun ditinggalkan) tiap mlm ada bunyi mcm binatang melompat kat atas bumbung...nanti nak pegi cek la

    BalasPadam
  6. hehe.. mcm2 perangai hantu... hehe

    BalasPadam
  7. seramnyer....!!
    alamak... klu tringat cite en.zul ni mlm2...sure seram bila nk ke blk air hehehhehe

    BalasPadam
  8. salam
    seramnyer..
    main2 atas bumbung umah plak dia ye..hehe

    BalasPadam
  9. kat taman saya ada hantu culik suar dlm dengan baju dlm owg pompan..yg peliknya, dia curi anak dara punye je..pandai kan dia huhuhuh

    BalasPadam
  10. salam,
    meremang bulu roma... aih..!!!!

    BalasPadam
  11. jangan sampai jadi macam kes yang budak kata dilarikan makhluk halus tu.. padahal dia sendiri yang lari naik bas ikut kawan dia pergi jalan.. aduyaiii sampai boleh tulis pulak kat duit tu yang tak tahan tu..

    BalasPadam
  12. Selain daripada kita, makhluk lain juga ada di sekeliling kita...Cuma kita nampak tak nampak jer...


    Tips sebelum melancong

    BalasPadam
  13. Salam Zul, mmg best citer antu nei nok pulak hari malam.. hak payahnya ada juga org tak percaya citer hantu setan ini pelik kawan :(

    BalasPadam
  14. uikk.. seram ni.. dlu kat kg sy melaka pun pernh jd camni.. skrg dah jarang dgr

    BalasPadam
  15. serama sejuk baca... ish2... takut juga kalau berlaku kat kg nie.. erm...

    BalasPadam
  16. Cakap pasal lampu suluh. Aku pernah terserempak dengan makhluk yang menyerupai org yang dikenali cuma bezanya maklhluk tu mmg seiras tapi x bawak lampu suluh. Tuje yang dapat kami bezakan. Patutlah dia datang x bersuara, personaliti x kecoh mcm org yang sebenar.

    BalasPadam
  17. uiks, betul ke duit tu hantu yg tulis...pandai pulak hantu menulis ek... pakai pen merah ke pakai darah?

    yg berkenaan pocong tu, memang serius seram... saya yang baca ni pon mcm ada terasa org ngintai2 kat luar..haish...

    BalasPadam
  18. salam..

    makhlus halus mmg wujud dan kita perlu beriman dgn perkara ghaib..

    kisah2 mcm ni mmg ada benarnya krn hakikatnya dlm masyarakat kita, pelbagai jenis syaitan yg menyerupai hantu..

    kalo dh smpai mengganggu melampau mcm tu, kuatkanlah pertahanan diri..jgn berjumpa dgn bomoh sebarangan sebaliknya berjumpalah dgn mereka yg mengamalkan perubatan islam kerana bomoh yang sebarangan hanyalah menambahkan kesusahan kpd mereka yg pertolongan darinya.

    Apapun, Allah lah yg maha Pelindung.

    BalasPadam
  19. Salam..

    Menarik cerita ni...takut jgk terjadi ketika duduk sorang2 kat rumah...
    Setakat hari ni saya masih berani lg, esok lusa belum tahu lagi.....

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum...

    Mereka wujud untuk menyesatkan manusia..

    BalasPadam
  21. masa kecik-kecik dulu slalu gak dengar cerita atok saya kena follow dek langsuir masa kerja buat terowong lama genting sempah..

    BalasPadam
  22. salam,

    alamakkk takutnya dgr cite ni...

    BalasPadam
  23. meremang juga baca citer sedara ni. walaupon minat juga dengan makhuk2 ghaib ni, tapi ada tajutnya juga...tak pernah jumpa agi la...haish

    BalasPadam
  24. suri dah duduk opis sorg2 takut plk nak baca huu.. kene tgu bos ada baru baca hee...

    sekarang ni kt tv mmg byk cerita seram..sahabat perasan tak huuu.. suri klu kmos mlm jumaat lebih suka dger forum perdana ehwal islam.. mmg mantap setiap isi yg mrka sampaikan

    BalasPadam
  25. Dulu masa kecil-kecil kecoh hantu kum-kum suatu ketika dahulu. Kisah hantu kum-kum turut mendapat perhatian akhbar arus perdana

    BalasPadam
  26. salam
    mereka juga makhluk
    tapi saya tak pernah teringin nak jumpa mereka
    hehehe

    BalasPadam
  27. sejam yang lepas nak dekat pukul 12 malam terdengar bunyi benda melompat atas atap rumah. sebelum tu benda tu langgar dinding bilik dulu. bergegar jugaklah tapi tak kuat sangat. intai2 takde apa2.

    bila bunyi lompat tu kerap sangat terus baca al-fatihah dengan 3 Qul. elok je habis baca dan hembus sekeliling, bunyi lompat tu makin perlahan menuju ke kebun belakang rumah. alhamdulillah sekarang ni takde dah.

    mungkin betul pontianak kot yang lompat tadi.

    p/s: nak search pasal ni terjumpa lak entri bro yang tahun lepas punya :)

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA