Musim Batuk | Petua



Salam semua, cuaca yang tidak menentu sekarang seperti hujan dan panas terik yang melampau mengakibatkan sistem imun badan mudah kalah.Penyakit seperti demam selesema mudah di hidapi, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Begitulah yang menimpa saya sekeluarga,bermula dari anak kecil sehinggalah kepada saya turut menghidapinya.Setelah ke klinik, doktor mengatakan demam selesema biasa sahaja, jadi doktor minta berehat secukupnya.

Demam apabila sudah kebah selepas 1-2 hari, pasti anda akan mengalami batuk-batuk. Memang menyiksakan sesetengah jenis batuk ini, di sini saya sediakan beberapa petua mengurangkan batuk selain dari minum ubat batuk;




  1. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
  2. Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  3. Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  4. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

Selamat mencuba..Wassalam .


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, November 29, 2010

30 Komen:

  1. salam...
    terima kasih...
    nak cube ni..
    kebetulan batuk2 dah seminggu..
    tak sembuh2..

    BalasPadam
  2. uhuhuh! petua yang bagus bro! kene pulak saya memang batuk, berkenan dengan petua no.1, boleh la try balik nanti :)

    BalasPadam
  3. Salam...

    Saya Alhamdulillah x demam lg sejak cuaca x menentu nih..Kalau demam mmg susah nak kebah..
    Thanks share petua.. :)

    BalasPadam
  4. Ermmm...sgt2 bagus...
    sangat2 sesuai...mudah..

    BalasPadam
  5. Salam Zul - pengarug cuacu tu pasal jadi macam tu.. apaun terima kasih byk2 kongsi petua yang menarik itu .

    Entri Terbaru "Carilah Calon Blog Personal Suami Pilihan Anda."

    BalasPadam
  6. yg no 1 tu, kalau takder madu, titis limau nipis pada kicap manis pon ok...

    BalasPadam
  7. Salam....

    Petua yg no 2 tu suka la. Kesemua petua di atas belum pernah cuba lg kecuali no 1, lepas ni blh la amalkan

    BalasPadam
  8. salam,
    saya kalau batuk, guna petua nasi tu... alhamdulillah.. cepat sembuh, apa2 pun salu minum air suam...
    semoga zul & family sehat sentiasa

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...

    Semoga sdra sihat hendaknya sekarang ni..

    Terima kasih atas petua yang diberikan...

    BalasPadam
  10. selalu amal minum madu tu... memang baik

    BalasPadam
  11. limau sankist selalu sy gunakan kalo sakit pala..bau kulit limau 2 boleh melegakan ar.. ooo pasni leh ar cuba utk batuk plak

    BalasPadam
  12. salam zulk..makcik harap zulk beransur baik dari batuk n demam tu..tq juga berkongsi ubat2 untuk melegakan batuk..insyaallah makcik akan cuba...

    BalasPadam
  13. ckLah pun batuk...lepas bersihkan stor. Alahan habuk...

    BalasPadam
  14. salam sahabat
    wah satu petua yang bagus ni..kena embunkan dulu hurm mmg menarik sekali :)

    semoga sahabat dan anak2 akan cepar sembuh hendaknya..

    BalasPadam
  15. banyak juga petuanya.. antara rajin ngan tidak jer kan..

    BalasPadam
  16. Salam, bab mengembun tu yg jenuh skit tu..takut terlupe..haha, thanks for sharing

    BalasPadam
  17. salam zul..petua paling ujarab saya ialah...apabila 3 minggu batuk tak baik gak...ada kwn bagi petua makan buah nangka...syukran dgn izin Allah ..baru lah lega..slmt mencuba ye..

    BalasPadam
  18. salam abg zul..ada orang kata makan jambu batu?? betul ka??? huhhuhuu

    BalasPadam
  19. Salam tuan zul....tq buleh cuba tuhhh

    BalasPadam
  20. petua limau nipis & madu tu senang..nak cuba lah! kebetulan batuk saya masih tak ok...

    BalasPadam
  21. Salam BroZul,

    InsyaAllah kami sekeluarga belum dijangkiti lagi buat masa ni.

    Petua no.1 pernah dipraktikkan. Yang lain baru bagi saya. timaseh.

    BalasPadam
  22. salam
    petua berkaitan embun tu memang biasa dengar
    cuma... sekarang ni musim hujan
    tak boleh le nak embunkan apa2
    hehehe

    BalasPadam
  23. tima kasih kongsi info.. slalu dorang bedal aje dengan ubat batuk lepas tu tido.. koi lebig selesa dengan air asam jawa je nak jaga suara dari sembuhkan batuk huuu

    BalasPadam
  24. salam ya. betul tu petua orang tua lagi baik. melor nak tanya sikit ya mcm mana nak buat label macam mr zulkbo tu. **buah cempedak diluar pagar,melor org tu baru nak belajar, tolong la ajar.**

    BalasPadam
  25. salam zul..

    Bagus diamalkan petua2 yg kita tahu disamping makan ubat hospital..yg penting kita usaha.

    BalasPadam
  26. Terima kasih sharing petua yg berguna ini..

    Dapatkan Kisah-kisah Para Anbia terus ke dalam email anda setiap hari untuk dijadikan pedoman dan panduan dalam kehidupan kita menuju kepada Allah swt.
    Hanya klik disini.
    http://lamborian.ws/anbia.html

    BalasPadam
  27. saya sekeluarga sekarang ini alhamdulillah tak tekena penyakit itu.

    tapi saya pula sekarang ini sakit belakang .. tak boleh duduk lama-lama. tengok komputer pun paling lama 20 minit.

    nanti petang nak pegi berurut.

    BalasPadam
  28. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA