Bila Nafsu Mengatasi Akal | Sex Dan Mayat Dalam Almari



Salam semua,ikuti kes perbicaraan kes pembunuhan seorang isteri yang mayatnya disumbat dalam almari.Benar-benar sedih membacanya kerana ada manusia yang sanggup membunuh insan bernama isteri kerana beliau ingin berkahwin lagi.

Tambah sedih apabila keterangan saksi utama kes menyatakan mengadakan hubungan sex dengan tertuduh di sebelah almari yang mengandungi mayat isteri tertuduh, menggambarkan betapa manusia ini mudah hilang pertimbangan akal apabila nafsu menguasai diri.




SHAH ALAM: Pengurus sebuah syarikat katering, Mohafri Mohamed tergamak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di bilik utama yang sama di mana mayat isterinya disumbat ke dalam almari selepas dibunuh.

Teman wanita tertuduh, Nazratul Anis Zainal Abidin, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas masuk dan meletakkan beg pakaian di ruang tamu dia kemudiannya naik ke bilik utama untuk menggunakan tandas. Selepas itu, katanya, Mohafri mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi tertuduh kata sekejap sahaja,” katanya yang mengenali tertuduh sebagai berstatus duda semasa mereka bekerja di Tropicana Medical Centre pada 2009.

Ketika ditanya mengenai kedudukan almari pakaian berkenaan, saksi pendakwaan kelima itu memberitahu, pandangannya tidak jelas kerana tidak memakai cermin mata yang diletakkan di atas kabinet.

Tambah Nazratul Anis, tertuduh juga berkelakuan seolah-olah mahu menghalang pandangannya di bahagian kiri kerana sering berdiri di sebelah kiri dan juga menunggunya keluar daripada tandas.

Saksi menambah, dia tidak melihat perkara luar biasa ataupun mendengar bunyi orang mengerang semasa berada di bilik itu.

Mohafri, 37, yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat katering dibicarakan atas tuduhan membunuh Fazlina, 38, antara pukul 5 dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009 di rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang.

Dia yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Fazlina, ibu kepada dua orang anak itu ditemui dibaluti kain selimut tebal dan diletakkan di bahagian bawah almari pakaian manakala hidung dan mulutnya ditekup dengan menggunakan pita pelekat.

Mangsa juga merupakan seorang penghidap asma kronik.

Terdahulu, saksi berkenaan memberitahu, dia bertolak pada pukul 1 petang dari Parit Buntar, Perak dan tiba di Perhentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur (dekat sini) pada pukul 5 petang.

Katanya, tertuduh datang menjemputnya dan membawa dia ke sebuah rumah teres dua tingkat di Ampang.

Katanya lagi, selepas mengadakan hubungan seks dia mendengar bunyi loceng dan tertuduh telah mengarahkan saksi untuk mendiamkan diri manakala tertuduh menuju ke arah tingkap.

“Saya ada menyuruh tertuduh membuka pintu kerana mungkin ada sesiapa di luar, mungkin ada pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi tertuduh beritahu ada seorang perempuan memakai seragam polis di luar rumah,” katanya.

Tertuduh semasa itu tidak mahu membuka pintu dan memberi alasan polis itu mencari pembantu rumahnya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri.

Mengenai hubungan sulit mereka, Nazratul Anis berkata, mereka telah merancang untuk ke sempadan Thailand bagi urusan pernikahan pada hari kejadian pembunuhan itu berlaku.

Katanya, rancangan untuk bernikah di sempadan Thailand dibuat ekoran hubungan mereka tidak direstui oleh bapanya dan tertuduh telah menguruskan segala urusan berkaitan pernikahan.

Sehubungan itu, Nazratul Anis telah menaiki bas daripada Parit Buntar, Perak untuk berjumpa dengan tertuduh sebelum mereka menaiki kereta api ke Perlis.

Selepas keluar dari rumah berkenaan, saksi yang bertubuh kecil molek itu seterusnya memberitahu, mereka dijemput oleh adik Mohafri yang dkenali sebagai Hanafi dengan kereta Proton Wira untuk ke perhentian Transit Aliran Ringan (LRT).

“Saya dan tertuduh menaiki teksi untuk ke KL Sentral kerana kereta api kami bertolak pada pukul 8.15 malam. Sepanjang perjalanan, saya nampak tertuduh sibuk bercakap di telefon bimbit.

“Pada pukul 9 malam, ketika kereta api sampai di stesen Rawang, dekat sini saya dan tertuduh turun. Saya tanya tertuduh kenapa dan dia cakap dia terpaksa buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina.

“Saya cakap, apa kaitan dia dengan Fazlina kerana mereka dah bercerai. Dia jawab, "dia orang" yang desak dia untuk buat laporan. Tapi saya tidak tahu siapa yang dimaksudkan dengan ‘dia orang’,” katanya yang ditinggalkan tertuduh dan diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur sendirian.

Bagaimanapun, Nazratul Anis menghubungi rakannya, Nur Ikhwan Abadi Andi Samsinar yang dipanggil Wan agar menjemputnya di stesen kereta api Sungai Buloh.

“Wan bawa saya ke tempat kerjanya kerana dia masih belum habis waktu bekerja sementara saya menunggu di dalam kereta sehingga pukul 10.30 malam. Selepas itu, kami pergi ke rumah tertuduh.

“Masa sampai, kawasan itu telah dikepung oleh polis. Wan buat satu pusingan dan letak kereta di belakang. Wan suruh saya duduk di dalam kereta sambil dia pergi bertanyakan orang.

“Wan kemudian memberitahu saya ada kes suami bunuh isteri,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar.

Saksi itu menambah, dia membuat laporan polis selepas diminta oleh Wan memandangkan dia adalah individu terakhir bersama tertuduh. Di balai polis, dia dibawa ke sebuah bilik untuk diambil keterangan dan telefon bimbitnya dirampas.

Sementara itu, kakak mangsa yang bernama Faezah selaku saksi pendakwaan keenam menangis apabila dirujuk gambar adiknya dan memberitahu dia mula rapat dengan adik bongsunya sejak akhir tahun lalu.

“Fazlina ada memberitahu bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga dan mereka hendak bercerai,” katanya.

Saksi yang bekerja sebagai penolong jururawat di Pulau Pinang juga memberitahu, kali terkahir dia menghubungi mangsa ialah pada pukul 5.30 pagi, hari kejadian bagi meminta mangsa mengambil cuti kecemasan untuk membawa bapa mereka yang berada di Kulim,Kedah yang sakit.

Oleh SALWA SHA’ARI
http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2010/11/29/mstar_mahkamah/20101129192932&sec=mstar_mahkamah

Sesamalah kita ikuti perbicaraan ini, semoga menjadi pengajaran berguna buat kita yang hidup di dunia ini.Hidup hanya sementara,nyawa manusia sepatutnya di hargai dengan nilai kasih sayang.Bukannya benci dan dendam terutama terhadap insan bernama isteri.Wassalam.






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, November 30, 2010

37 Komen:

  1. salam,
    melampau betul. Betul la, macam dalam iklan kat TV kata. Dalam haiwan tiada manusia... tapi dalam diri manusia ada haiwan...

    BalasPadam
  2. tu akibat berkiblatkan nafsu...
    لا حول ولا فوة الا باالله العلي العظيم

    BalasPadam
  3. akal depa dah tercabut kot huhuhuh

    BalasPadam
  4. salam,
    apa lah nak jadik ni.... :(

    BalasPadam
  5. kalo x suke lepaskan jela secara baik...xperlu smpi nk bunuh2...last2 dua2 xdpt huahuahuahua..

    Best tak tido dlm penjara?

    BalasPadam
  6. td pon bc kat paper... tergamak btul dia buat wife dia mcm tu.... nafsu mengatasi segala2nya...

    BalasPadam
  7. Nauzybillah.. semoga Allah mengampuni dosa2 kita yg selalu lalai..

    BalasPadam
  8. isy isy manusia zaman sekarang..belum kawen lagi dah macam2..jadi iktibar kpd kita semua..al-fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  9. Hoo..panas2! isu ni. manusia sekarang mengalahkan syaitan..

    BalasPadam
  10. Alfatihah utk arwah ...

    BalasPadam
  11. Salam Zul kisah ini diluar batas norma seorg manusia. Amat menyedihkan.

    Entri Terbaru "Hadirlah sayang..."

    BalasPadam
  12. Salam...

    Saya follow kes ni thn lepas..
    Kejap jer polis dpt tgkap si suami tu..
    Org x bape cerdik buat jenayah..
    Semoga dapat balasan setimpal!

    BalasPadam
  13. salam ziarah sahabat, maaf menganggu, tp ni ada peluang yg sgt baik utk anda semua penulis blogger, bacalah.. jgn ketinggalan tau! rugi nnt...


    PERHATIAN SEMUA!!!! JGN BERLENGAH LAGI... INGIN MENJANA PENDAPATAN RM1000 SEHAR! MASA TERHAD. DAPATKAN FORMULA PERCUMA ANDA HARI INI JUGA. CEPAT!!! JANGAN TERLAMBAT. SEMUANYA DI SINI >

    http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM

    BalasPadam
  14. Salam....

    Sanggupnya si suami buat isterinya mcm tu....
    Langsung tak berperikemanusiaan....

    BalasPadam
  15. bnyk sungguh kesalahannya

    BalasPadam
  16. apalah nak jadi...bila nafsu menguasai diri, nilah jadinya...takut bila dengar kes2 yg macam nie...

    BalasPadam
  17. Manusia sekarang ni dah takde akal dah kot?
    Membunuh dah jadi macam perkara biasa jer.

    BalasPadam
  18. Sangat tidak mempunyai pedoman dalam hidup ni..

    BalasPadam
  19. assalamualaikum saudara zul
    semoga pelaku dan penzalim itu mendapat pembalasan setimpal dgn perbuatannya.
    sudahlah diseksa hati dan batin si isteri,buat maksiat depan jenazah isteri.
    besok dah tua,mulalah nak cari anak2...
    berdasarkan pengalaman saya dlm membantu anak2 remaja, jiwa mereka sangat mengingati apa yang dilakukan bapa2 mereka terhadap ibu2 mereka.
    kerna biasanya apa yang dilakukan itu bisa meninggalkan luka yang amat dalam kepada anak2.

    BalasPadam
  20. ya allah,,teruknya,,disumbat mayatnya dalam almari. buat lak perbuatan terkutuk tuh kat sebelah almari tuh.

    Latest Entri :
    Tragik Terhebat Di Air Terjun

    BalasPadam
  21. Baru beberapa cebisan awal saja.. banyak lagi hal dan peristiwa belum di ketahui... sebaiknya tunggu perbicaraan untuk membuat kesimpulan... bagaimana pun tidak salah untuk mengambil pengajaran..... semuga Allah memberi petunjuk dan rahmatnya kepada kita semua

    BalasPadam
  22. salam
    bila nafsu dah menguasai akal banyak kezaliman yang akan berlaku

    BalasPadam
  23. sudah hilang akal semuanya...

    BalasPadam
  24. Salam sdra...

    Bila nafsu sudah menguasai diri seseorang apa-apa boleh jadi. Sama-sama kita doakan semoga lelaki itu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredha~Nya. Dan kepada isterinya yang telah kembali menemui~Nya moga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi~Nya

    BalasPadam
  25. Salam,
    memang agak mengerikan jugak kes ni, saya lihat dari perspektif sebagai Muslim...zina, bunuh...ish

    BalasPadam
  26. sungguh menyedihkan..keganasan fizikal dan mental terhadap seorg wanita bernama isteri..patut dipandang serius..apakah hukuman yg paling layak buat suami yg bersifat haiwan..pastinya hukuman gantung.

    ps pernah merasa derita siksaan mental....tk dpt bayangkan disiksa mental dan fizikal...

    BalasPadam
  27. teruk betul

    ble pulak 'sekejap aje' yea

    BalasPadam
  28. lelaki @ suami begini x layak hdup...cecepat hukum gantung dia...b4 gntung kasi lemas dlu dgn binding tape tu n bungkus..dah nyawa2 ikan kasi gantung sama dia.,,
    kesian anak2 menderita...sudah la ibu dibunuh bapa, bapa plak akan dhukum gantung..nauzubillah

    BalasPadam
  29. salam..
    saya rasa geram dengan tertuduh dan teman wanitanya..
    isk.. kalau jumpe tepi jalan.. nak je saye belasah dorang ni.. (hahahaa.. garang kann)

    Sekarang ni..Banyak rumah tangga musnah kerana orang ketiga. Sanggup bunuh bini kerane skandal.. menakotkan..

    BalasPadam
  30. YA ALLAH. AHANYA KAU JE YG DAPAT BAGI BALASAN SETIMPAL DGN SETAN TU

    BalasPadam
  31. Salam,

    Bila keimanan yang hanya setipis kulit bawang itu tidak dibajai akan mudah syaitan bermaharajalela. Balasan dunia dah dapat akhirat itu pasti. Yg sigadis tu lepas begitu saja ke dah berzina? Mana hukuman kepadanya? Dah mengaku lagi. Masya-Allah.....

    BalasPadam
  32. dua dua tk layak di panggil manusia....

    BalasPadam
  33. kesian kan.. kalau dah tak nak tu tinggalkan la elok2 .. jangan la di bunuh.. kejam nye

    BalasPadam
  34. kalau tak tahu cerita sebenar, jangan komen .. elok2 nak bagi komen nanti jadi fitnah. Dosa fitnah lagi berat dari berzina, tau tidak?

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog