Senarai Ketua Polis Negeri Yang Baru

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan enam pegawai tinggi mereka yang baru, di antaranya ialah;
  • Ketua Polis Kuala Lumpur: DCP Datuk Zulkifli Abdullah (bekas Ketua Polis Perak).
  • Ketua Polis Selangor: SAC Datuk Tun Hisan Hamzah (bekas Ketua Polis P.Pinang).
  • Ketua Polis Pahang: SAC Datuk Sharifuddin Abd Ghani (bekas Tim.Ketua Polis Pahang).
  • Ketua Polis Kedah: DCP Datuk Ahmad Ibrahim (bekas Tim. Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman).
  • Pesuruhjaya Polis Sabah: SAC Datuk Hamzah Taib (bekas Tim. Pesuruhjaya Polis Sarawak)
  • Tim. Ketua Polis Kuala Lumpur: SAC II Amar Singh Ishar Singh (bekas Komandan Pusat Latihan Polis).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas mesyuarat Suruhanjaya Polis di Bukit Aman. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam pada itu, Ismail turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk menaikkan gred tiga pengarah jabatan Bukit Aman kepada Jusa A. Mereka ialah,

Pengarah Cawangan Khas, Datuk Akhil Bulat; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar.


Ismail berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk mengesahkan jawatan yang dipangku oleh 53 pegawai kanan polis yang kini menyandang pangkat Superintenden kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis.

Lain-lain nama, katanya, yang tidak diumumkan hari ini untuk tujuan kenaikan dan pengesahan pangkat atau pertukaran akan diumumkan pada pertengahan bulan November nanti apabila Suruhanjaya Polis bersidang semula.

NOTA KAKI: Dengan perlantikan ketua polis negeri dan kenaikan pangkat ketua-ketua pengarah yang baru ini di harap jabatan polis akan terus berkhidmat dengan cemerlang demi kebaikan dan keharmonian negara. Tahniah buat Datuk Khalid Abu Bakar yang saya mengenali beliau secara peribadi.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Oktober 30, 2010

27 Komen:

  1. KPP Phg tukar mane erk?
    Bangga sbb dia KPP wanita pertama..

    BalasPadam
  2. @Cik SHiNJU

    Entah..?
    nanti koi siasat..
    la la la..

    BalasPadam
  3. Moge polis makin mantap menjage keamanan...

    BalasPadam
  4. Salam...

    Selamat bertugas di tempat baru kepada Datuk Hamzah Taib (bekas Tim. Pesuruhjaya Polis Sarawak).

    Hilanglah seorang jemaah di Masjid Mujahidin Polis Di Raja Malaysia, Kuching.

    BalasPadam
  5. moga polis menjaga maruah dan agama...Polis dan melayu tak dapat dipisahkan..huhu

    BalasPadam
  6. semoga Malaysia terus aman dan makmur.

    KPP Pahang tu tukar ke Bukit Aman kan..dah ada pengumuman dulu.

    BalasPadam
  7. Tabikk Datuk :)kecik2 dulu berangan juga nak jadi Polis tak kesampaian :(

    BalasPadam
  8. Diharapkan pentadbiran polis dapat dijalankan dengan telus dan cekap..:)

    BalasPadam
  9. salam,
    semoga Malaysia terus aman dan makmur, dengan di barisi pemimpin yang adil, bekerja kuat dan berdisiplin..

    BalasPadam
  10. ow...kawan en zulkbo upenya...hehe

    semoga perkhidmatan polis lebih cekap, pantas dan mesra..huhu

    BalasPadam
  11. cekap, pantas, dan mesra...ada tambahan lagi...tak miang...lepas tu adil...jujur...

    BalasPadam
  12. tahniah kepada semua yang terlibat...Melaka tak tersenarai...sy hanya mengenali Timb. Ketua aje...sebab anak dia di sekolah saya ( mantan sekolah lama ) ! he3x

    BalasPadam
  13. tahniah kepada ketua polis negeri yang baru... wah kawan baik bro nie...

    BalasPadam
  14. Tahniah buat semua yang telah di lantik...

    BalasPadam
  15. @zulkbo

    bila dah naik pangkat lg, rasanya duk atas bukit la..tapi since dia jd kp phg, ramai dia tarik oghe kelate keje dgn dia..hehe

    BalasPadam
  16. Semoga semakin Cekap dan Cepat

    BalasPadam
  17. salam..
    tahniah pada semua..
    tanpa polis memang huru hara negara kita.

    wah abang zul kenal Datuk khalid abu bakar..

    BalasPadam
  18. tahniah dan syabas...
    semoga tugas dan amanah yg dipertanggjawabkan dapat di galas dengan sempurna

    BalasPadam
  19. @aRoL

    Oh ye ke?
    Tak tahu pula saya..
    mesti naik pangkat
    juga kan?

    BalasPadam
  20. @annfrendly

    Alhamdulillah..
    berkawan biar beribu..

    BalasPadam
  21. kenape masih menggunakan pangkat SAC utk KP Kedah... KP Kedah berpangkat DCP..
    DCP Dato' Ahmad Ibrahim

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama11 Julai, 2011

    Kenapa Ketua Polis Kuala Lumpur diambilalih oleh orang lain? Kemana perginya Datuk Zulkifli Abdullah? Ada sesiapa tahu dan bole berikan jawapannya...

    BalasPadam
  23. Setinggi2 tahniah.Semuga Tan Sri,Datok2 masih memperjuangkan PGM.Ingat sejarah Bukit Kepong.Pgm adalah terlalu relevan.Kerajaan telah mengeluarkan berbillion RM utk melatih mereka jadi pakar di laut.Agensi lain belum berkeupayaan untuk menguasai ilmu pelayaran.Jangan sampai berlaku kemalangan laut berpunca dari agensi penguatkuasaan yg tak mempunyai sijil kecekapan.

    BalasPadam
  24. still sama lg ke or dah berubah ye..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog