Koleksi Browser Internet Percuma




Salam semua,berkisar tentang permasaalahan untuk melayari internet di sebabkan oleh "browser" kita yang kadang kala "crash".Saya kongsikan browser-browser lain sebagai alternatif daripada Internet Explorer dan Mozilla yang selalu diguna pakai oleh kita semua.

CHROME


Sewaktu Google Chrome mula-mula diperkenalkan, saya agak sangsi dengan kebolehannya. Dengan saingan dari pelayar web sedia yang sengit, agak sukar bagi sebuah pelayar web baru untuk mendapat tempat di kalangan pengguna.

Namun kini, ternyata jumlah pengguna Google Chrome meningkat dalam masa yang singkat sehingga mengatasi pelayar web yang lebih senior seperti Opera dan Safari.

Google Chrome dibina dengan menggabungkan ciri-ciri daripada pelayar web sedia ada, dan digilap dengan lebih baik. Rekabentuknya minimalistik, untuk memberikan ruang yang maksimum kepada pengguna.

Secara ringkasnya, Google Chrome cuba menjadikan pelayaran Internet lebih pantas, bukan sahaja dengan mengurangkan masa yang diperlukan untuk membuka laman web, malah ia mengurangkan bilangan klik yang harus anda buat sewaktu berinteraksi dengan pelayar web.

Saya sendiri telah meninggalkan Firefox dan menggunakan Google Chrome sebagai pelayar web pertama saya. Jika selepas ini add-on boleh ditambah ke dalam Google Chrome, Firefox akan menerima saingan yang lebih hebat. Sama-sama kita nantikan.

DOWNLOAD


OPERA


Walaupun Firefox dan Internet Explorer merupakan browser paling popular saat ini, Opera masih sedikit lebih baik. Hal ini terutama bila kita menilainya dari aspek keselamatan dan keselesaan. Sejak September 2005, versi percumanya telah bebas sebarang dari iklan (sebelumnya tergolong Adware).

Di samping memiliki ciri seperti Tabbed-Browsing, dukungan RSS dan sebuah pop-up blocker, Opera juga menawarkan identifikasi gerakan mouse (mouse gesture) untuk navigasi cepat, update automatik, menyimpan sesi pengguna serta satu e-mail client percuma.

Tips: Opera selalu menampilkan jendela 'Transfers' pada setiap download. Apabila anda merasa terganggu dengan jendela tersebut, buka jendela transfer melalui "Tools | Transfers".

Klik toolbar 'View' pada jendela tersebut untuk memilih, apakah Opera hanya membuka jendela 'Transfer' di latar belakang atau sama sekali tidak menampilkannya pada saat ia memuat-turun sebarang fail.

Apabila anda ingin mengawasi mana-mana muat-turun, klik toolbar 'Panels'.Seterusnya, klik tombol 'Transfers' untuk menampilkan jendela keterangan (sidebar) di sampingnya.

DOWNLOAD


MAXTHON


Browser Maxthon ini amat menarik. Kita boleh membuka beberapa website secara serentak dengan menggunakan tab dan tab-tab ini boleh pula disusun mengikut kehendak kita samada sejajar, cascading, melintang atau menegak.

Selain itu, Maxthon menawarkan beberapa "skin" yang menarik. Ia menggunakan resource yang sedikit berbanding browser-browser lain.

Melihat kepada Windows Task Manager dan benar ia hanya menggunakan tidak sampai 15,000K memori yang pada masa yang sama IE telah menjangkau 30,000K dan Firefox 50,000K.

Maxthon ini juga dilengkapi dengan beberapa plugin menarik. Di samping itu terdapat Utiliti Luaran yang boleh dipanggil melalui browser ini seperti My Computer, Add/Remove Program, Notepad, Paint dan Regedit.

 Terdapat juga sebuah ikon kecil di bawah bernama Simple Collector yang membolehkan kita membuat catatan ringkas mengenai website yang dilawati seperti fungsi clipboard dan boleh disimpan.

 Kita boleh mendapat malumat Whois dan Alexa Rating sesuatu website dengan hanya mengklik butang kanan tetikus. Selain itu Maxthon membenarkan kita melayari lamanweb dengan selamat daripada dikesan (menggunakan Anonymizer).

Auto-Refresh terpasang di browser ini. Kita boleh tentukan berapa masanya (dalam sesaat) sesuatu tab itu akan direfresh semula. Ini akan menyebabkan kita dapat membaca kiriman-kiriman terbaru di dalam foum, shoutbox dan lain-lain secara automatik tanpa perlu refresh secara manual.

 ZDNET, Nonags dan Softpedia masing-masing memberikan 5 bintang kepada browser ini.



SLIMBROWSER


Ia mempunyai ciri yang hampir sama dengan Maxthon di atas. SlimBrowser sekarang diedarkan secara percuma. Ia sebuah browser yang amat cepat dan berupaya untuk membuka sehingga 180 website di dalam satu masa !

Selain itu Slimbrowser di lengkapi dangan fungsi Site Filter dan fungsi Carian dari pelbagai sumber. Auto-refresh juga disediakan sebagai satu plugin siap-terpasang.

Sama seperti Maxthon, kita boleh terus mendapatkan maklumat Whois dan Alexa Ranking tentang sesuatu website dengan hanya memilih dari menu butang kanan. Slimbrowser juga memiliki "skin"nya yang menarik.

DOWNLOAD


AVANT BROWSER

Tertarik kepada dakwaan Avant Browser is "the fastest web browser on Earth". Benar ia cepat. Fungsi-fungsi yang ada pada Maxthon dan Fastbrowser di atas juga dimiliki oleh Avant.

Ia membolehkan tab browsing, cascade, horizontal dan vertical. Kalau Maxthon dan Fastbrowser menjadikan Google sebagai enjin pencari mantap, maka Avant memilih Yahoo.

Satu perkara yang menarik di browser ini ialah ciri keselamatannya. Ia tidak membenarkan sebarang program, skrip atau kod yang melalui browser ini di website-website tertentu untuk mengakses komputer kita.

Selain itu terdapat fungsi Safe Recovery dimana jika browser tertutup dengan sendiri sewaktu kejadian cemas, maka website yang terkahir kita layari akan disimpan dan dipaparkan apabila kita membuka semula Avant ini.

Ia juga mempunyai skin, malah mempunyai Skin Makernya sendiri. Terdapat lebih 20 skin yang tersedia untuk dipilih. Dilengkap dengan ciri Auto-Refresh yang amat berguna.

DOWNLOAD


K-MELEON

K-MELEON adalah sebuah web browser yang ringan yang diasaskan kepada Gecko (enjin yang terpakai di Mozilla), amat laju dan mempunyai antara-muka yang boleh diubahsuai.

 K-Meleon di bina dengan akitektur plugin yang amat berkuasa yang mengizinkan kita menambah plugin menikut selera dan keinginan kita.

K-Meleon dikeluarkan dibawah lesen GNU General Public Favorites. Anda akan diimpot secara automatik apabila memasang K-Meleon.

Sebarang plugin Mozilla plugins (Shockwave, Adobe dll.) boleh berfungsi apabila ianya disalin ke folder plugin di bawah K- Meleon. Makros boleh diaktifkan, non aktifkan dan diubahsuai. K-Meleon membenarkan kita mengawal cookies.

 Berkeupayaan untuk mengawal pop-up dan mempunyai tab browsing (dikenali sebagai layer di dalam K-Meleon) yang baik. Diantara ciri unik layer k-meleon ialah kita boleh memanggil semula layer yang sudah tersalah tutup.

DOWNLOAD







Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Oktober 29, 2010

26 Komen:

  1. salam..tips yg superb..tenkiu abg zul ^-^

    BalasPadam
  2. Saya punya blog kalau bukak kat internet explorer bersepah layoutnya, tapi dgn mozilla dan google chrome ok aje

    BalasPadam
  3. @sahromnasrudin

    Saya cuba MAXTHON paling speed sekali sekarang..

    BalasPadam
  4. @ila-ali

    Kebanyakan template yang ramai orang gunakan memang tak mesra IE..

    BalasPadam
  5. Salam zul kawan jarang guna pelayar yang lain hanya gugel dgn firefox aje. Boleh kawan try pulak lepas2 nie.

    BalasPadam
  6. berguna satu masa nanti yek.

    BalasPadam
  7. salam abg zul uitt banyak rupa2nya ingat kan tak ada tadi.....

    baru angah tahu almaklum la... baru celik2 hehehee

    BalasPadam
  8. pelik nama tu huhu. ya..perlu belajar mencuba sesuatu perkara yang barulah pulak lepas ni :)

    BalasPadam
  9. salam,
    still guna google sbb dh biasa

    BalasPadam
  10. kami tetap setia pada google dan mozila..:)
    opera rasanya sesuai untk handset user..

    BalasPadam
  11. chrome dah try..mmg baik dr mozila...ni nak try maxthon

    BalasPadam
  12. sy xpnh pakai lain kecuali mozila je sbb yg lain x berapa thu sgt,..... ape2pun thnkz! :)

    BalasPadam
  13. best pakai maxthon weh...tq zul

    BalasPadam
  14. @Anak Ulu Cheka

    he he..sama la koi..
    kalau meragam kita
    tukor puloks yang lain..

    BalasPadam
  15. Saya guna gugel krom ngn firefox..

    BalasPadam
  16. Salam sdra..

    Moga sihat hendaknya..

    Saya pernah guna kesemua browser yang sdra nyatakan di atas, semuanya baik. Now saya guna FLOCK...

    BalasPadam
  17. @Abd Razak

    salam..
    ermm..menarik juga..
    bolehlah saya cuba juga nanti..
    TQVM saudara..

    BalasPadam
  18. setakat ni masih gunakan mozilla..

    BalasPadam
  19. nice sharing..
    Sop plg suker Chrome..
    pernah cuba Opera.. suka dgn ciri turbo..

    skrg masih menggunakan chrome..
    baru ni menjadi perlahan, sop telah install kembali dan masalah selesai

    BalasPadam
  20. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS N3 INI. BANYAK MAKLUMAT BARU UNTUK LF. YANG SEDIA TAHU ADA 2 SAHAJA.

    BalasPadam
  21. wah banyaknya
    tp sy guna googlechrome
    dan puas hati setakat ini

    BalasPadam
  22. kwn guna googlechrome senang sikit .

    BalasPadam
  23. Salam..
    terbaik lah bro... hurm mozila, dgn chrome best..yang lain tuh tak pernah guna...

    BalasPadam
  24. wah..byk gak browser yang aku xtau..
    tp rasenye chrome paling laju..
    hehe

    BalasPadam
  25. salam..
    saya peminat setia pak google chrome..hehhehee..

    ape pun memang kelas info ni.. amat berguna..
    TQ2...

    BalasPadam
  26. Masa Chrome pada peringkat beta tester saya ada pakai memang ada masalah sikit bahagian scroll up dan down mengunakkan touch pad dekat notebook. Saya ada buat write in ke Google untuk bagi tahu masalah ini.Sekarang ini nampak dah semakin okay. Opera best kalau pakai handphone. IE sudah menjadi sejarah. Firefox saya kembali bertaut kerana banyak add on untuk buat analisa blog. safari pun okay terutama dia punya resolution cantik untuk gambar

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA