Mayat Di Sumbat Dalam Beg



Salam semua..terkejut betul saya membaca berita tentang seorang remaja yang mayatnya di sumbatkan dalam beg besar ini.Manusia jenis apakah yang sanggup bunuh dan letak mayat serta humbankan begitu sahaja..?





Foto mStar




KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.

"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau.

Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana.

"Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan. - BERNAMA

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Oktober 29, 2010

32 Komen:

  1. kejamnya.. ingatkan bukan di negara kita rupa2nya memang di Malaysia..

    semakin takut dengan kehidupan masa kini..

    BalasPadam
  2. ish, seramnye.. ade jugak manusia macamni ye..

    BalasPadam
  3. erkkk... kejam sgt pembunuh ni sampai di lipat msuk dalam beg! seksa mayat dia tu... ish... kejam sunggu pembunuh ni! entah manusia ke binatang!


    P/S=mayat ni mlyu ke cina?

    BalasPadam
  4. @NICK IRFAN

    entah lah Nick..?
    tak di kenal pasti
    lagi identitinya..

    BalasPadam
  5. Astaghfirullahalazim..

    bro..tergamanm baca entry ni.

    BalasPadam
  6. salam..
    isk... teruknya...
    kenapelah. takde hati perut manusia ni...
    sedih.. moga kita semua dijauhkan dari perkara2 macamni..

    zaman sekarang ni.. menakutkan...
    banyak orang yang kejam...

    BalasPadam
  7. Modus operandi yg 30% hampir sama spt dlm kes pembunuhan Nurul Jazlin 3 thn lalu, kan?

    BalasPadam
  8. @Jo Qusary

    Adakah pembunuh yang sama?
    Pembunuh Arwah Nurin sampai
    sekarang masih bebas..kawasan
    memang berdekatan Wangsa Maju

    BalasPadam
  9. SALAM,
    SIMPATI KEPADA KELUARGA SI MANGSA. TIDAK ADA BELAS KASIHAN MALAHAN KUTUKAN KEPADA YANG MENJADI PEMBUNUH. SEMOGA PIHAK POLIS DAPAT SELESAIKAN SIASATAN INI DENGAN SEGERA

    BalasPadam
  10. huhuuhh....jgnla bunuh..ikutla stail bunian..bawak lari sampai gunng jerai udah la huhuhuh....

    BalasPadam
  11. Manusia hari ini telah hilang sifat dan akal sebagai seorang manusia dan jadi binatang.

    BalasPadam
  12. ngeri dan ksian tgk mayat tu..smpai hati org buat dia mcm tu kn...

    BalasPadam
  13. ish..ish...melampau btul la...ade jugak org mcm ni ye..org buh dalam beg utk lipatan2 baju ke kain ke...ni dilipatnya budak tu dlm beg..sugguh brhati kebinatangan manusia ini...ini kalo dpt la kat chip...mau chip lipat dia dalam mesin bancuh simen...huh...!

    BalasPadam
  14. salam,
    bila nafsu menguasai diri, akal dah tak berfungsi.. hukum cincang sampai lumat jer penjenayah ni...

    entry terbaru "berlari mengejar cinta"

    BalasPadam
  15. ya Allah kejamnya... sampai hati buat macam tuh...

    BalasPadam
  16. kejam nyer
    macam mana laa leh muat dalam beg tu
    terseksa mayat

    BalasPadam
  17. Sangat-sangat kejam.. tidak tahu manusia jenis apa? .. apa agaknya kesalahan yang dilakukan oleh remaja tersebut sehingga dihukum bunuh tanpa bicara?

    BalasPadam
  18. Menatang pun tau sayang ke anok...

    BalasPadam
  19. tengok dalam berita semalam....kejam!!

    BalasPadam
  20. Apa nk jadi ngn dunia skrg ni..
    Kalau marah sgt pun jgn la smpai ambil nyawa org..
    Disiksanya pulak mayat tu..Semoga dpt hidayah la
    si pembunuh tu..

    BalasPadam
  21. salam zul...

    Dunia hari ini..nyawa sudah tidak berharga lagi.

    BalasPadam
  22. manusia sekarang dah macam haiwan jadian..

    BalasPadam
  23. gile kejam manusia...

    BalasPadam
  24. salam
    Masya Allah, semakin hari semakin kejam perangai segelintir manusia

    BalasPadam
  25. Salam...

    Mungkin selepas ni ada mayat yg ditinkan dalam makanan dlm tin plak.. manusia sudah semakin kreatif... kreativiti yg tak berfaedah..

    BalasPadam
  26. kebanjiran warga asing yg begitu ramai sebenarnye banyak menyumbang masalah sosial di negara kita... terlalu mudah utk mereka masuk ke msia disbbkan syarat yg amat mudah dn longgar...

    BalasPadam
  27. Salam...

    Malaysia dah tak selamat...

    BalasPadam
  28. salam
    tak tau nak cakap apa dah, penjenayah dah semakin ganas dan gila

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA