Kereta Malaysia Di Mata Orang Puteh?


Salam semua..terjumpa satu video menarik di blog  ar-rifke.com bagaimana seorang Mat Saleh dari UK melakukan test ke atas kualiti kereta buatan Malaysia.Anda boleh tengok di dalam video tersebut, beliau membebel mengenai pengeluar kereta ini yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kualiti serta aspek-aspek keselamatan terhadap kereta di Malaysia.

Murah sahaja harganya di UK setelah di convert duit kita dalam RM 22K,berbanding di sini rasanya dalam RM 30K untuk model Kelisa.


Kereta inilah (Perodua Kelisa) yang bakal menjadi mangsa "testing quality" oleh mamat tu.


Di balun..di lanyak cukup-cukup dengan dengan penukul besar pada kereta baru ini.


Di gantung dengan bebanan seberat 1 tan..habis tercabut segala enjinnya keluar terburai.


Akhirnya..di letupkan,berkecai..tengoklah kualiti kereta kita di test oleh mereka atas dasar keselamatan (pandangan peribadi saya).




Di sini di sertakan videonya bagi yang ada internet laju..he he, pada yang slow tu tengok gambar je la buat masa ni ye? Jadi bukan kempen memburukkan kereta tempatan.Tapi sebagai pengguna kita juga berhak mendapat jaminan kualiti seperti yang di inginkan oleh pemandu di barat.

Pandangan saya bukan salah pemandu di Malaysia sahaja apabila statistik kemalangan yang bertambah sedangkan aspek keselamatan untuk kereta tempatan di abaikan.Di masa yang sama pengeluar membuat untung berkali ganda.Kalau di barat kereta tidak akan di jalan raya melainkan melepasi tahap keselamatan yang di tetapkan.Jadi sesama kita mengambil iktibar dari protes mereka.Wassalam.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Oktober 09, 2010

30 Komen:

  1. Tq atas info yang diberi

    BalasPadam
  2. Salam,

    Mmm...Malaysia patut pikirkan semula aspek ketahanan dan keselamatan kereta,mmg berbeza dengan kereta buatan luar negara.

    BalasPadam
  3. salam..sangat mendukacitakan..suruh beli barang buatan Malaysia tapi produknya tidak capai standard antarabangsa huhuhuhuh

    BalasPadam
  4. btol kan..tgk harga kete kt sana mcm murah jer...aspek keselamatan dionrg utamakan..bgus ar...

    4 Mobile Browser Terbaik Untuk Handphone Anda, Layari Internet Free Jer !

    BalasPadam
  5. Sedih ada nengok situasi gitu..org sini lap kereta pagi petang dapat ker mat salleh tu boleh munah gitu aje huhuhu... kereta kita beli pandu uji dan test kalau nasib tak baik abis terbakor macam jen2 :)

    BalasPadam
  6. kat sane memang murah..ape kereta pun murah..sini je mahal melampau2..huhu

    BalasPadam
  7. Dah pernah tgk video nie... mana tak murah kereta kita, buat tak kukuh dan tak lengkap ciri2 keselamatan mcm kereta Barat... bukan tak sokong kereta Malaysia, tapi itulah hakikatnya yg kita kena terima... rasanya kereta tempatan yg paling kuat dan selamat pun cuma Juara je... itu pun diorg dah hentikan pengeluaran... kononnya sebab rupanya tak hensem... bodo betul pompuan yg cakap tu

    BalasPadam
  8. selalu sangat kita lihat video seperti ini. Sebelum ini sop pernah lihat Savvy tetapi tidak dibuat test sebegitu rupa. Begitu juga kereta Iswara dalam cerita Mr Bean yang masuk bola golf.
    Memang kita masih jauh ketinggalan dengan pengeluar kereta lain. moga kita dapat bersaing suatu hari nanti.

    BalasPadam
  9. adoi..dasat gler mat salleh tue hentam..tp die tolak ngn tgn pon bumbung kete kelisa 2 dh kemik ke luar..mgkn betul apa y mat salleh 2 nk tunjuk y kete kite msh lg mengabaikan tahap2 keselamatan..terutama kete kancil

    BalasPadam
  10. kerajaan kena peka dgn fakta di atas...

    BalasPadam
  11. Salam...

    Rasanya takderlah orang test kereta camtu, kot!

    BalasPadam
  12. oooo...kirenye kite punye kereta x berkualiti ke?? mmg la agak mahal kat ngara kita..brg2 die nk carik sume kena import kan..sbb tu jadi mahal kot..

    BalasPadam
  13. Malaysia mampu kuarkan keta yg bermutu tinggi...
    Tapi rakyat jgn bising plak kalau harganya mahal nt...Harga mesti la setanding dgn kualiti ye tak...

    BalasPadam
  14. sama pendapat dgn SHINJU..
    bila orang asyik nak yag murah, murah dan murah.. itulah hasilnya..

    BalasPadam
  15. salam.rasanya la kan klu kete kebalpun test mcm gitupun boleh jahanam jugakkan,Agak-agakla kete luar negara tu kalau kita hempap dengan batu yang 2X ganda berat dari tu ,hancur jugak kut,sbb tu la ada kempen berhati-hati dijalanraya elakkan kemalangan,standard dengan kualiti kete kita,bukannya kete msia kita kena bwk lasak mcm kete orang putih,agaknya la.........

    BalasPadam
  16. salam zulk..ngeri nenguknya..hehe..orang tua2 selalu kata kereta malaysia diperbuat dari tin milo..terhantuk sikit dah tercabut batang hidung..

    BalasPadam
  17. tak aci ni.. kena ade buat perbandingan cara test yg sama ke atas kereta deme pulak....

    BalasPadam
  18. Salam Zulkbo.

    Pernah juga terkilan suatu masa dulu bab kereta buatan Malaysia ni.. sekarang dah tak bawa kereta..

    BalasPadam
  19. Saya dah 3 kali membeli proton...walaupun nombor plat tak berubah-ubah...



    Kini...
    Saya bahagia berjodoh dengan CITRA XIIINAM saya...

    BalasPadam
  20. tetiba terkenang pada kereta kelisa milik sy yang dah kena tarik oleh finance 4 tahun lepas..keta dah tkde tp masih kena bayar tunggakan...sedihnya..

    BalasPadam
  21. bukan ke perodua tu dari daihatsu dan toyota ke? cuma pemasangan saje di malaysia

    New Entry "Kini Saya Sudah Bergelar Graduan"

    BalasPadam
  22. jd kesimpulan video ni jgn beli keta kelisa? keta lain xpe! heheh

    BalasPadam
  23. disebabkan kereta malaysia murah berbanding luar, jadi barang2 yg dipakai kurang kualitinya,kalau berkualiti tentu harga da sama dgn mini cooper..
    jadi pengguna harus befikir dahulu ,sama ada kualiti atau kuantiti..:)

    BalasPadam
  24. haih..xsgka sebgini teruk nilai kete malysia..tp kalau wat mahal+bkualiti pon,sape yg nk beli..org kita yg mampu pon stil nk kete luar..haih 0_0

    BalasPadam
  25. SALAM,
    SETUJU, PENGELUAR MESTI UTAMAKAN KUALITI PRODUK. HARAP PIHAK2 YANG BERKAITAN TENGOK VIDEO INI. APAPUN, LF NAK TANYA. ADAKAH ITU CARA NAK UJI KETAHANAN KERETA? MACAM MENDERA JE ! WALLAHUALAM

    BalasPadam
  26. nyawa kita tak dipandang oleh pengeluar kereta ...

    BalasPadam
  27. Salam Zul,
    Sepatutnya ada ujian perbandingan dengan kereta keluaran negara lain yang dibuat ujian yang sama dengan kereta tersebut. Jangan mudah percaya kerana kita perlu berhati-hati dengan sebarang usaha untuk menjatuhkan maruah negara...

    BalasPadam
  28. salam
    dahsyatnya cara test kereta
    agak2 kereta kebal pun berkecai kalau diletupkan
    hehe

    BalasPadam