Salam semua..selamat berhari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari.Perbanyakkan salawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Mohamad SAW. Semoga kita semua menjadi umatnya yang mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti.
Pulang dari solat jumaat tadi, saya ke Taman Shamelin atas urusan dengan Pos Laju. Sepanjang jalan pulang ketika berhenti di traffic light, saya terpandang seorang pemuda melayu sedang melayan "stim" nya di tepi jalan.
Manusia yang sebegini memang sudah tiada perasaan malah,tiada kehidupan juga.Setelah mendapat kepuasan dengan najis dadah mereka tanpa rasa malu akan melayan keseronokan dalam alam mereka walau di mana-manapun.Terasa sedih saya melihatnya.
Saya selalu berpesan pada diri saya serta ahli keluarga saya.Biarlah kalian nakal macam mana pun, perkara yang melibatkan dadah jangan lah di cuba.Setelah di cuba akan datang ketagihan,bila ketagihan sampai ke tahap kronik sudah tidak berguna lagi.Anda akan hanya bertuhankan dadah.
Pengalaman saya dengan rakan-rakan sekampung yang terjebak dalam kancah najis dadah ini benar-benar mengajar saya agar membenci perosak manusia ini (najis dadah). Pernah dahulu seorang rakan baik,selepas SPM mendapat keputusan yang cemerlang dan di tawarkan terus ke universiti.
Setelah setahun saya bertemu beliau semula di Kuala Lumpur dan beliau telah di buang dari universiti akibat di tangkap menghisap dadah di dalam asrama universiti.Kerana memalukan keluarga beliau tidak balik semula ke kampung, sebaliknya mencari pekerjaan di bandar dan terus hanyut di sana.
Berita terakhir yang saya dengar beliau masih lagi membujang dan sudah bertuhankan najis dadah.Hidup ibarat mayat hidup dan hanya menanti ajal bertandang apabila di sahkan mengidap penyakit aids akibat perkongsian jarum suntikan najis dadah.
Buat pembaca sekalian, jauhilah najis dadah..katakan tidak kepada dadah, jangan sesekali di cuba. Seandainya telah mencuba, cubalah berhenti sebelum kalian sampai ke tahap tidak boleh hidup tanpanya.Keseronokan hanya sementara,tapi akibatnya membawa ke mati yang hina.Wassalam.