Kereta Malaysia Di Mata Orang Puteh?


Salam semua..terjumpa satu video menarik di blog  ar-rifke.com bagaimana seorang Mat Saleh dari UK melakukan test ke atas kualiti kereta buatan Malaysia.Anda boleh tengok di dalam video tersebut, beliau membebel mengenai pengeluar kereta ini yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kualiti serta aspek-aspek keselamatan terhadap kereta di Malaysia.

Murah sahaja harganya di UK setelah di convert duit kita dalam RM 22K,berbanding di sini rasanya dalam RM 30K untuk model Kelisa.


Kereta inilah (Perodua Kelisa) yang bakal menjadi mangsa "testing quality" oleh mamat tu.


Di balun..di lanyak cukup-cukup dengan dengan penukul besar pada kereta baru ini.


Di gantung dengan bebanan seberat 1 tan..habis tercabut segala enjinnya keluar terburai.


Akhirnya..di letupkan,berkecai..tengoklah kualiti kereta kita di test oleh mereka atas dasar keselamatan (pandangan peribadi saya).




Di sini di sertakan videonya bagi yang ada internet laju..he he, pada yang slow tu tengok gambar je la buat masa ni ye? Jadi bukan kempen memburukkan kereta tempatan.Tapi sebagai pengguna kita juga berhak mendapat jaminan kualiti seperti yang di inginkan oleh pemandu di barat.

Pandangan saya bukan salah pemandu di Malaysia sahaja apabila statistik kemalangan yang bertambah sedangkan aspek keselamatan untuk kereta tempatan di abaikan.Di masa yang sama pengeluar membuat untung berkali ganda.Kalau di barat kereta tidak akan di jalan raya melainkan melepasi tahap keselamatan yang di tetapkan.Jadi sesama kita mengambil iktibar dari protes mereka.Wassalam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...