Dia Tetap Datang | Paper Less



Salam semua..menghadapi zaman moden yang semakin mencabar kini,semua perkara menghendakkan kita untuk cepat dan tepat.Dalam segala perbuatan mahupun urusan, kecekapan pengurusan dan kualiti di utamakan,terutama perkara yang melibatkan urusan pembayaran bil.



Bercakap soal bil, banyak syarikat yang mula mengadakan kempen "paper less" dalam usaha mereka menggalakkan urusan yang boleh di lakukan secara online mahupun email. Contohnya dalam urusan pembayaran bil-bil, kita sekarang sudah boleh menyatukan segala urusan bil kita di dalam satu akaun sahaja.

Saya ambil contoh bil elektrik, jalur lebar, cukai pintu,indah water dan sebagainya yang di kenakan kepada saya telah saya satukan di dalam akaun kredit kad saya.Saya cuma perlu membayar secara online mahupun terus ke mesin atm bank dan  benar-benar memudahkan urusan saya serta cepat.

Jika dahulu ada satu syarikat mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM5  untuk penghantaran bil ke rumah, tapi ada pilihan lain.Kita masih boleh menerima bil melalui email tanpa bayaran.Agak bijak pada saya,tetapi hanya terhad kepada mereka yang mempunyai kemudahan internet sahaja.Bagi yang tidak, mereka terpaksa membayar tambahan pula dan ini sesuatu yang tidak adil.

Berkaitan dengan tajuk entri, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai bil kredit kad yang masih saya terima sedangkan saya sudah memulangkan semula kad tersebut kira-kira 5 tahun lepas.Ada 2 kredit kad, puncanya bila saya memberhentikan perkhidmatan mereka saya telah membayar dalam kadar yang terlebih dari jumlah baki.



Terfikir oleh saya jika ada pihak yang mengadakan bayaran tambahan RM5 untuk penghantaran bil, tetapi bank-bank ini masih terus menghantar bil sedangkan saya bukannya masih berhutang dengan mereka. Anda bayangkan RM5.00 X 12 bulan setahun= RM60.00.Bagaimana sekarang sudah 5 tahun ??

Satu bentuk pengurusan yang tidak cekap pada saya,apa salahnya mereka pulangkan semula lebihan bayaran tersebut dalam bentuk sekeping cek yang hanya berharga 0.60 sekeping. Saya sengaja tidak mahu menalipon mereka kerana ingin melihat sampai bila mereka akan perasan akan kelalaian mereka merugikan syarikat.Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Oktober 16, 2010

11 Komen:

  1. tula..bila nak untung sng je syarikat2 cmtu..ish3..

    p/s:thanks komen kt blog..setiap komen anda dihargai..=)
    **HIT MY LATEST UPDATE HERE**

    BalasPadam
  2. Salam...

    pkai debit card lbh praktikal skang ni..
    boleh kawal bajet..

    BalasPadam
  3. @Cik SHiNJU

    okey je cadangan aok ter..
    masaalahnya koi tak berduit
    kena berhutang juga yak..hu hu

    BalasPadam
  4. @Faiz

    Begitu juga saya Faiz..
    thanks singgah dan komen anda

    BalasPadam
  5. Kawan tak guna kad kredit ada duit belanje tak de duk diam aje ;)

    BalasPadam
  6. Assalaamu`alaikum saudara
    ada syarikat yang mengenakan caj untuk menghantar bil? serius saya tak pernah dengar lagi syarikat yang saudara maksudkan itu. mungkin syarikat swasta kot..

    BalasPadam
  7. saya biasa guna HLB & Maybank2U online utk byr semua bil2. Utk rekod pulak; print dlm pdf format dan simpan dlm pendrive.

    BalasPadam
  8. salam,
    elok tu bro zulkbo, nak tengaok jugak setakat mana peel bankers ni hehe

    BalasPadam
  9. kadang tu, dorang menggunakan alasan paperless utk kaut untung juga..
    takkan kos 1 bill rm5?

    setakat ini, bill broadband sop dah sertai paperless..
    kreadit card blom lagi bg pilihan..(maybank)
    jika ada, mungkin semua sop sertai paperless bill.. tanda support :)

    BalasPadam
  10. senang dah cepat kalau guna payment online :)

    BalasPadam
  11. salam..
    licik betul buat untung atas angin ye..

    tak adil la...
    boleh makan macam2 tau dengan RM60 tu...

    BalasPadam