Awas Identiti Anda Sedang Di Intai



Salam semua..hari ini saya hendak berkongsi tentang kegunaan domain tool yang ada dalam SEO Doctor plug in by Mozilla Firefox.Dengan menggunakan plug in ini anda boleh mendapat identiti seseorang melalui domain yang di gunakan mereka beserta dengan no talipon serta alamat yang anda daftarkan.


Saya mula perasan identiti saya beserta dengan alamat yang saya daftarkan semasa membeli domain tempohari semuanya terdedah.Amat mengejutkan saya, dan langkah awal saya lakukan dengan menalipon pembekal domain.

Agak kecewa juga bila pembekal domain memberitahu bahawa, atas permintaan kita barulah semua data identiti kita akan di "privated". Jika tidak akan terdedah begitu sahaja dengan sesiapa pun boleh membacanya.

Nasihat saya buat rakan blogger yang baru menukar domain mereka,perkara ini perlulah kita ambil berat.Sila hubungi pembekal domain anda dan bertanya adakah semua identiti anda selamat dalam jagaan mereka?

Saya ada terjumpa dua rakan blogger yang menggunakan domain dot com yang terdedah identiti mereka.Kedua-dua blog mereka berlatar belakangkan hijau daun pisang.Satu berplatform blogger dan satu lagi berplatform wordpress dan beralamat di Johor.

Sekadar pemberitahuan,seandainya anda belum menghubungi pembekal domain anda dan mendapat kepastian tentang perkara ini, silalah hubungi mereka dan minta di "privated' kan identiti anda.Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Oktober 27, 2010

30 Komen:

  1. salam,
    pulak dah.. sepatutnya sebagai pembekal mereka melindungi diri dan hak pelanggan..
    macam-macam..

    BalasPadam
  2. lohh.. x patut..
    xde privacy la mcm tu..
    TQ atas info nih..
    kot2 nt nk beli domain bleh warning siap2..

    BalasPadam
  3. memang masa daftar domain dia minta semua2 tu,tapi dalam cpanel boleh hidekan indentiti

    BalasPadam
  4. @mankuchai

    Hosting sendiri bolehkan Man,
    tapi yang tak berhosting tapi
    beli domain je..

    BalasPadam
  5. salam
    memang kes naya ni
    harap2 ramai yg ambil langkah keselamatan
    thanks

    BalasPadam
  6. tak patut sungguh diorg buat mcm tu.. ni yg buat tkut nk tukar domain..

    BalasPadam
  7. SALAM..sy kne check sy punya plak huhuhuh

    BalasPadam
  8. eh kenapa camtu?sepatutnya identiti pelanggan kena rahsia..orang tua cam cm ni mana tahu benda benda camgini,,terima kasih zul

    BalasPadam
  9. laa cam tu ker...bahaya nye...
    tq en zul kongsi info ni..

    BalasPadam
  10. Salam sdra...

    Terima kasih atas info ini..
    Bahaya juga tu..

    BalasPadam
  11. skrg ni byk btul mslah2 psl privacy ni...

    BalasPadam
  12. owh...macam tue plak???

    ingatkan dia jaga privacy kita

    BalasPadam
  13. salam...

    sampai macam tue sekali ye...
    bukan ke itu privacy....???

    BalasPadam
  14. salam,
    bagus2 good info ni... in future dah tau lah apa yg perlu dibuat.. hehe

    entry terbaru "mendung tak bererti hujan"

    BalasPadam
  15. Salam zul kawan penah baca tentang bender ini dekat syarikat pembekal... dia kata semua identiti kita di rahsiakan...kalau gitu rahsia mu rahsia ku jua hehehe...

    Bimbang juga nak beli domain nei macam2 hal sgt. :(

    BalasPadam
  16. payoh juga yek...masa nak daftar mcm2 suruh isi...pastu x jaga kite punya privacy...hisss tau nak untung je....zul saman x boleh ke?

    BalasPadam
  17. salam zulk..takut pula makcik membacanya..yalah makcik yg tahu apa2 ni..nantilah tunggu didi balik..macam mana ..

    BalasPadam
  18. @Anak Ulu Cheka


    saman..??
    woittt..byk kerja ter..
    setakat ni okey lagi..
    koi dah locked bila perasan la..
    tak de gangguan apa2..

    BalasPadam
  19. ade jugak try tanye pembekal hari tuh...katenye mmg disediakan privacy sistem tuh, tapi pernah jugak check sekali then kuar sebijik2 macam yg kite register...so ingat nk kene tanye balik dgn lebih dalam...

    terima kasis zul..

    BalasPadam
  20. Nanti koi buat domain sendiri..aok me beli..tak payah letak alamat..tapi rega mahal yg amat..

    BalasPadam
  21. @sahromnasrudinSaya pun kena check juga. Silap-silap identiti terbongkar juga

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum,
    Bahaya betul kalau macam tu gayanya,
    nampak gayanya semua yang dah ada domain sendiri tu kena hubungi pembekal domain segeralah..

    BalasPadam
  23. sepatut nyer pembekal domain atau hosting perlu cakna perkara ini..
    biasa maklumat adalah personal dan tidak perlu detail :)

    sop semak WHOIS domain sop, x der plak nama dana alamat sop :)

    BalasPadam
  24. @gnesop.com

    saya pun ada intai Sop punya juga
    memang terlindung identitinya..rasanya bergantung pada pembekal juga lah..syarikat baru mungkin tak berapa pandai dan prihatin..

    BalasPadam
  25. salam..
    bahayanya...
    isk.. sepatutnya dorang yang kena tanya semua tu..
    hak privasi pelanggan kenalah jaga.. kita manelah nak selidik semua tu.. keje dia..
    "apepun customer always right..."

    nasib baik abg zul tau..kalau tak.. sampai ke sudah indentiti terdedah...

    BalasPadam
  26. Salam...

    Cari gali ilmu...
    Wahhh, bahaya ni...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA