Gadis Myanmar Dan Vietnam Dalam Hidupku


Salam semua..gempaknya tajuk entri ni? Jangan salah sangka pula ye? Tidak pernah lah seumur hidup saya buat yang tak baik dengan gadis-gadis sebegini.Sekadar berkongsi  kisah dalam2-3 hari ini dalam hidup saya.




2 hari lepas seorang gadis dari Myanmar menalipon talipon bimbit saya bercakap dalam bahasa Inggeris dan bertanya apa khabar. Dah tentu saya cakap okey dan bertanya khabarnya juga.Saya perhatikan nombor talipon yang keluar adalah nombor panggilan antarabangsa.

Sikap saya yang tidak mahu kurang ajar walaupun saya tak pernah kenal beliau dan saya layan sahaja. Akhirnya beliau dalam nada menggoda meminta saya menalipon beliau semula bila saya senang dan berkelapangan, mengunakan nombor yang tertera di talipon bimbit saya.

Tidaklah saya jenis yang mudah di tipu kerana saya tahu pasti ada yang tidak kena, inikan orang yang tidak kita kenali dan saya pun tidak pernah ke Myanmar. Jadi panggilan semula saya abaikan, sehingga hari ini satu panggilan antarabangsa dari nombor yang lain pula.

Kali ini dari seorang gadis yang mengaku beliau dari Vietnam dan inginkan pertolongan dari saya.Memang manja betul suaranya dalam bahasa Inggeris yang agak pelat.Ermmm..saya bertanya seorang rakan cina saya, katanya memang ada sindiket menipu lelaki yang mudah lemah dengan perempuan sebegini sekarang.

Persoalannya kini, di mana mereka mendapat nombor talipon bimbit peribadi saya yang hanya boleh di dapati oleh kenalan rapat mahupun agensi yang berkaitan sahaja contohnya, bank ataupun agensi kerajaan? Buat rakan semua, pernahkan kalian mengalami sebegini? Apakah tindakan bijak dari anda agar tidak di ganggu lagi? Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Oktober 26, 2010

36 Komen:

  1. setakat ni org luar salah no ada le..
    kalau bab menipu ni dalam email byk kami dpt..
    zaman skang kena selalu waspada..

    BalasPadam
  2. panggilan dari luar negara tak pernah pulak sy dpt..sms mengatakan sy berjaya memenangi wang ringgit berbelas ribu adalah..tp sy abaikan je..mungkin ada org kurang siuman cuba2 nk belajar menipu..

    hati2 sajalah supaya tidak tergoda dn tertipu..

    BalasPadam
  3. salam...
    isk.. bahaya ni.. macam2 cara orang sekarang nak menipu... lain kali kalau dia call.. gertak dia nak buat report polis..

    BalasPadam
  4. salam
    lain kali cakap je 'sedang meeting'
    siang ke, malam ke, pagi, petang... cakap sedang meeting je
    hehehe

    BalasPadam
  5. @tehr

    Cadangan yang baik saudara..
    nanti dia call lagi saya cuba..he he

    BalasPadam
  6. @annfrendly

    Takut juga lagi galak dia
    mengacau pulak..

    BalasPadam
  7. @Idalara

    Memang macam-macam taktik
    sekarang ni..semoga anda juga
    berhati-hati..

    BalasPadam
  8. @LiFe KaMi

    Email jangan cerita lah..
    bab menang berjuta dah acap
    laki sangat saya dapat..huhu

    BalasPadam
  9. hehehe..abg zulkbo...sy pernah di telefon oleh org indon yg ngaku melayu....cakap melayu tapi pelat indon masih ada...'bisa' 'ngomong'

    BalasPadam
  10. salam cik zul
    eh kena hati2 ni
    memang ada sindiket mcm tu skrg
    kalau saya, waktu jawab tipon tu bunyi bising2, saya jawab sorry i can't talk, i'm driving..

    kalau sedang sunyi sepi, saya jawab,'sorry, i can't talk..i'm in library or i'm meeting..

    dan selalunya memang lepas lah..hehhee

    BalasPadam
  11. salam abg zul..byk kali sy terkena cenggini..kebetulan wife sy duk sebelah, sy bagi wife sy layan..pas tue..tenkiu la jawabnya hahahah

    BalasPadam
  12. amboiii...
    kena goda uuu..

    hahahaha

    hati-hati ok !

    BalasPadam
  13. Dapat drp mana kadang tu mungkin dia org main tembak aje...:) apa pun kawan mudah aje skg nei kalau nombor tepon pelik2 kawan bairkan aje tak nak angkat sebab macam2 dah kena :)

    BalasPadam
  14. salam
    cheqna tak bagi pun nombor enzul pada sesape..hehehehehehehe
    kena hati2 skang ni..
    moga sihat selalu ye

    BalasPadam
  15. ooo...en.zul xtergoda la ye?? hahhah

    setakat ni xde sape2 call mcm tu lg tp kena sebarkan info ni kat kwn2 takut ade yg tergoda,trus msuk perangkap...

    BalasPadam
  16. Cuba ajak dating dulu..hehehe!

    BalasPadam
  17. Salam Zulkbo.

    Kak pernah dapat panggilan dari pak indon banyak kali org berbeza.. malas layan ckp salah nombor je. letak.. alasan dia nak berkenalan.. ish

    BalasPadam
  18. salam & slamat pagi... abg zul

    uitt terkejut angah dengar tak pernah lak angah malah bukan angah tapi keluarga angah pun tak pernah berlaku...apa yg perlu abg zul jgn call balik & jgn layan diorang jer..
    angah takut diorang nak nie jenis nak telan duit phone kita la... ada cek tak lepas tue????

    BalasPadam
  19. time ni nak test iman..hehe

    BalasPadam
  20. salam zulk..yalah kan macam mana mereka dapat no.telefon kita ..mesti ada sendikit ni..kena lebih hati2..jangan mudah tergoda dgn suara manja2 yg nak menkikis tu..

    BalasPadam
  21. salam zul..
    Zaman sekarang mcm2 cara org nak menipu..kalau dah gitu terang2 nak menipu la tu...abaikan aje atau blok no dia tu

    BalasPadam
  22. Salam...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Saya pun banyak kali juga dapat panggilan dari luar negara tapi saya tak pernah jawab kerana jika nombor yang tertera kat handfon saya tidak tersenarai dalam phone book saya, tak berapa suka nak layan...

    BalasPadam
  23. cam tu pun ada?
    sop biasa no yg pelik2 mmg tak angkat..
    kadang no malaysia yg seperti bank, syarikat pengiklanan pun x angkat

    BalasPadam
  24. kalo koi le.....biar dier bercakap sorang2 dulu...sambil tu kita wat keje lain...

    BalasPadam
  25. salam,
    zaman sekrng mmg byk penipuan dah... tapi masih ada jugak org2 kita tertipu jgk kan.

    entry terbaru "kekasih gelapku"

    BalasPadam
  26. Klu jenis yg mudoh tergoda mmg licin la baki dlm akaun bank gamoknye yek...

    BalasPadam
  27. Koi dulu sokmo orang telepon kabo koi dah menang ratus2 ribu.Tapi bile koi kabo nok jumpe dia beri macam2 alasan.Mempedooh saje...

    BalasPadam
  28. Nice Article, inspiring. Aku juga suka nulis artikel bidang bisnis di blogku : http://www.TahitianNoniAsia.net, silahkan kunjungi, mudah-mudahan bermanfaat. thx

    BalasPadam
  29. Kalau dapat call daripada no yang tidak dikenali.. reject jer call tersebut! Tak perlu nak rasa bersalah..

    BalasPadam
  30. Salam Zul,
    Saya pun pernah mengalami keadaan ini, abaikan sahaja.. jangan di layan.

    Saya jarang angkat telefon jika no tidak didikenali secuali sms terlebih dahulu..

    BalasPadam
  31. SALAM,
    BILA ADA CALL DRPD NOMBOR YANG KITA TAK KENALI, JADI SERBA SALAH NAK JAWAB ATAU TIDAK. BIASANYA LF JAWAB JUGA. KALAU LF RASA LAIN MACAM JE, LF AKAN TAMATKAN SAMBUNGAN.
    KALAU LF SENDIRI NAK CALL ORANG YANG TAK KENAL LF, LF AKAN HANTAR SMS DULU MEMPERKENALKAN DIRI DAN BERITAHU AKAN CALL SEBENTAR NANTI.

    BalasPadam
  32. @luahfikiran

    Terima kasih Saudara LF
    nanti saya cuba praktikkan

    BalasPadam
  33. bahayanya... bro nie orang besar... so selalu jadi target kot??? setakat nei tak pernah..cuma kena suruh masuk insurance, register astro adalah...

    BalasPadam
  34. salam
    wah ni baru punya style ni. Setakat ni saya tak pernah kena lagi camni, kalau setakat menang cabutan bertuah (palsu) tu ada 2 3 kali...
    tapi tu lah, sapa yg dok jual nombor telefon kita ni ek?

    BalasPadam
  35. Macamana hal macamni boleh terjadi sepatutnya privacy customer kena jaga tidak boleh dipihak ke 3

    BalasPadam
  36. sah, kaki pembohong tu...ada macam macam panggilan saya terima. maleh nak jawab

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA