Ketupat Daun Palas





Salam Ramadhan semua..Tinggal tak berapa hari sahaja lagi kita akan menyambut hari raya Aidil fitri.Tentu banyak resepi masakan dan kuih muih serta pelbagai lagi juadah sedang dan akan di sediakan di hari lebaran nanti.Walaupun saya  kelahiran negeri Pahang serta di besarkan di sana,ibu bapa saya yang berasal dari Kedah menjadikan ketupat daun palas adalah juadah utama keluarga kami berbanding Pahang jati yang lebih kepada hidangan lemang.Di sini saya sediakan resepi turun-temurun keluarga saya, ketupat daun palas di mana saya serta isteri (kebetulan asal Kedah juga) mewarisi tradisi membalut ketupat setiap kali hari raya.


Bahan-Bahan:
  • 1 gantang beras pulut
  • 4 biji kelapa atau 3 kg santan
  • ½ kg kacang mentah 3 jantung jagung (jika mahu)
  • Daun palas secukupnya

Cara:
  • Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
  • Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
  • Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
  • Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
  • Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
  • Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.Bab ini perlu ada kepandaian,ambil masa juga untuk menganyamnya disini saya sertakan video saya menganyam ketupat,perlahan-lahan belajar erk?he he..




Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam tadi  ke dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga kering airnya(pastikan tidak hangus).


Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.


Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang , kari daging mahupun kari ayam ataupun serunding ikan(resepi kakak ipar).Ketupat daun palas yang di rebus ini tahan sehingga seminggu,tapi seandainya selepas dibalut anyaman tadi terus di simpan sejuk beku di dalam peti ais dan hanya di rebus bila ingin di makan boleh bertahan sampai setahun.Wassalam





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Ogos 30, 2010

55 Komen:

  1. salam en zul,
    saya suka sangat ketupat daun palas ni ..
    nak buat sarung tak reti..
    kalau sarung yang ketupat lagi satu tu tahulah..

    BalasPadam
  2. salam..sy tak makan ketupat yg nie..ketupat nasik je makan huhuhuh

    BalasPadam
  3. bila tenguk ketupat ni rasa rindu nak balik kedah

    BalasPadam
  4. Rasakan keenakan ketupat daun palas ini..cicah sama rendang atau serunding..makan gerenti tak nampak telinga punya..

    BalasPadam
  5. ni pon sedap! hehee..tp jarang buat.

    BalasPadam
  6. salam enzul
    memang faveret cheqna ni
    makan ngang serunding ke..rendang ke
    sedapnya...

    BalasPadam
  7. salam lailatulqadar,

    ketupat daun palas,
    ketupat daun kelapa,
    jangan ada yang malas,
    10 terakhir ramadhan kita alpa.

    BalasPadam
  8. Salam zul ..kawan nie bese buat lemang aje.. ketupat x penah buat nampak macam best aje kena cari nei :)

    BalasPadam
  9. salam..wah best nih..tapi kat pahang popular dengan lemang jer kan..he3

    BalasPadam
  10. Koi kala raye lemang ter la koi cari dulu.Ketupat palas ni tak menjadi koi nganyamnye.Kala gune daun nyor ter kabo je nok gone.Tak ande hey lalu...

    BalasPadam
  11. @Jejaka Desa

    koi pun suka juga lemang
    nei..tapi tak leh makan banyak(lemak)
    buat koi pening..hu hu

    BalasPadam
  12. @akuanakpahang

    Aok memang Pahang jatinya
    Yassin..tak lepas lalu
    lemang aok ter..he he

    BalasPadam
  13. @Man Kuchai

    Betul tu Man..
    selalunya saya
    main order je lemaanh
    ni...ketupat saya
    balut sendiri..he he
    (pelbagaikan juadah)

    BalasPadam
  14. wahh.. terer aa bro zul dapat balut ketupat palas.. Ustaz Love nak tanggalkan balutan ketupat tu time nak makan pun selalu fail.. hehe

    BalasPadam
  15. @ahmad humairi

    Ketupat daun palas
    Dibalut Cik Puan Siti
    Insyaallah saya tidak malas
    10 Malam terakhir selalu di hati

    BalasPadam
  16. @sahromnasrudin

    Boleh la anda uba
    nanti Shah..sedap!!

    BalasPadam
  17. @cikgu isza

    Orang Perak makan lemang kan..
    alahai jangan ngidam pulak
    nanti cikgu..he he

    BalasPadam
  18. salam akhi Zul...

    Ooooo org Kedah gak ka...kita sama la nooo..asai kedah tu tang mana no? kot2 kita asai sekampong...

    kalau bab balut ketupat tu, akak masih lg jadi balutnya...

    BalasPadam
  19. saya berkahwin dengan orang perlis. jadi orang rumah akan buat ketupat. lemang akan saya beli. jadi raya ni, ketupat pun ada, lemang pun ada. insya-Allah.

    BalasPadam
  20. kami baru lepas buat riben ketupat untuk opis. depa sibuk nak sambut raya, patut ada marka dari kedah bila ajak join, tak moh "tak reti dia habaq mai "kalo ketupat palas ok la"

    BalasPadam
  21. kome raya haji memang buat ketupat palas nih....raya posa buat lemang...

    BalasPadam
  22. makanan kesukaan ku ketika hari raya, tapi tiap kali raya kat rumah mertua di kelantan, rendang dia tak brp best la...heee.. ucap awal takpe kot hehe. selamat hari raya pada zulkbo sekeluarga...

    BalasPadam
  23. @Ummi Humaira

    Ukhti Umi Humaira..
    Mak ayah berasal dari
    Megat Dewa Kg Pida 2
    Mukim Putat..orang rumah
    orang Alor Setaq ja..orang
    pekan..he he

    BalasPadam
  24. @al-lavendari

    Salam Tuan..
    Perlis dan Kedah kira adik beradik
    sama segi loghat,makanan mereka..samalah kita,saya pun beli je lemangnya..jangan lupa warisi anak-anak tuan budaya membalut ketupat tu..

    BalasPadam
  25. @cemomoi

    Ketupat palas tak cantik buat
    decoration,tak boleh lawan ketupat
    bawang..he he..(marka mana pulak tu?jangan menikah satu lagi sudah saudara ku..he he)

    BalasPadam
  26. @Cikgu Jang ..

    Cikgu molek la gitu..
    aok tahu serba serbi..
    cer ajor si Yassin kita
    membalut ketupat tu..he he

    BalasPadam
  27. @ashraf | Mel

    Memang sedap ketupat ini..
    yang manis adalah resepi
    sebelah kelantan..

    BalasPadam
  28. salam cik zul
    tahun lepas first time saya beraya di umah mentua di penang..ketaq kepala lutut mak mentua suh anyam ketupat daun palas..haahha..maklumlah belah saya di perak, selalu wat lemang..sekali dpt orang utara, tu dia haih, tergeliat tangan ..hahaha..tp saya suka ketupat ni

    BalasPadam
  29. salam,

    asal nama ketupat saya makan je hehe..

    BalasPadam
  30. Salam...

    Saya memang suka makan ketupat tak kiralah apa bentuknya...makan ngan kuah satay..

    BalasPadam
  31. salam
    nampak gambar ketupat ni...
    rasa macam dah nak raya je
    hehehe

    BalasPadam
  32. Salam tuan, semugo sihat selalu...

    Kek Johor jarang jumpo ketupat nie... tapi sojak seh kawin orang Kodah memang jadi kemestian ketupat nie... tak kiro lah rayo ko tak rayo...
    kadang2 sesekali balik kampung mak mentuo seh bokalkan seh ketupat daun palas nie dengan rondang'ea sekali...

    umangaii sodap'ea... tak soba nak balik kampung raso di hati...

    BalasPadam
  33. Salam...

    Rindunya kat mamaku....
    Kalau mama saya buat ketupat ni, semua ketupatnya gemuk2,tak mcm ketupat kat atas tu...kurus2...
    Makan sebijik pun dah rasa kenyang...Saya tak pernah lg masak ketupat, tolong isi pulut dan bukakan daun palas tu selalu la.....Kat Kedah memang femes ketupat ni....tp tak ramai yg pandai balut....silap2 jadi ketupat betina...

    BalasPadam
  34. @iza

    Amboi bila nak makan ketupat
    ingat kat mak noh?he he..kuruih
    ketupatku sebab daun palas beli
    di pasar chowkit kecik &kuruih belaka
    ha ha..

    BalasPadam
  35. @maiyah

    Terima kasih atas pemberian kad
    tersebut maiyah..

    BalasPadam
  36. @Abd Razak

    Betul tu..ada yang makan dengan kuah satey..tapi di Utara Malaysia mereka gemar dengan gulai

    BalasPadam
  37. @penjejak maya |TEHR

    Ha ha..rasa cam dah raya kan?
    lambat lagi tu realitinya..
    he he

    BalasPadam
  38. @Abi Al-Baihaqi (RKA)

    Betul tu bang..
    tapi ketupat ni
    makan dengan sambal
    cili padi orang nogori
    pun sodap..saya pernah cuba

    BalasPadam
  39. pernah belaja buat ketupat daun palas ni.. dulu tahun 80an, ikut member duk perlis smpat sambut raya aidil adha di sana..smpai skg masih kamceng lagi dgnnya..sahabat karib la katakan..dkt johor ketupat nasi vs ketupat pulut..org muo pilih ketupat nasi jugak..perut dah biasa dgn ktpt nasi ni he he ..

    BalasPadam
  40. @orang muo

    Selera saya ketupat nasik dan pulut okey je..saya suka..tapi orang utara ketupat nasik tolak belakang semua..heran juga..??

    BalasPadam
  41. salam zul..
    Ketupat ni nak kena dgn kuahnya juga..kalau kuahnya sedap memang selera koi makan.

    BalasPadam
  42. menu wajib mak sop juga nih! masa kecik dulu selalu tolong buka daun palas..:)
    belum sempat bungkus, dah perkena 1 pinggan pulut :)

    BalasPadam
  43. bungkus ketupat memang susah..
    skali skala aje berjaya hohoo..

    BalasPadam
  44. Tanpa Nama31 Ogos, 2010

    Aslmkm Zul.
    :) Ohhh kira Zul asal Kedah jugak!
    Kak G teringat cite banyak orang Kedah p teroka tanah Felda di Pahang ... so Zul kira tera longhat Kedah la!
    Apapun ketupat palas ni memang banyak orang suka Zul ... masa Kak G 1st time Raya di Kuching dulu, 1st time buat seperiuk besar bak! ... Macam nak pengsan! Tapi tak sampai malam, habis licin! Ada ulang mai tanya lagi!
    OK la ... gud nite. :)

    BalasPadam
  45. @DDrfauziah
    Begitulah gayanya kak..
    saya pun sama,tu yang buat
    banyak2 simpan dalam
    frezzer,time orang datang
    baru rebus..fresh je rasanya..

    BalasPadam
  46. @sop

    Kalau orang sebelah utara
    dan kelantan memang juadah
    utama ni..tanpa ketupat
    daun palas tak raya jawabnya

    BalasPadam
  47. @ozzy

    Jiee..aku kenal ko
    cerewet sket..ha ha
    masakan orang rumah
    ko juga pilihan hati erk?

    BalasPadam
  48. @Azuan

    Tak pa lah..datang
    tolong bukak balutan
    ketupat udah lah dik
    he he..

    BalasPadam
  49. salam bro,
    best betul ketupat daun palas ni, harapnya dapat merasa balik kg nanti :D

    BalasPadam
  50. @etomyam

    Bunyinya macam susah nak jumpa
    je bro..he he..harapan saya jua
    akan ketemu oleh mu..he he

    BalasPadam
  51. Dah lama Ummi tak buat ketupat -ketupat palas dan ketupat daun pinang. Dekat-dekat raya ni nostalgic la pulak.

    BalasPadam
  52. Salam ziarah en zul...

    En zul lupa 1 jenis ketupat lg y popular kt kedah xde kt tempat lain....KETUPAT DANCING @ PULUT DAKAP..my favourate nyum2..abah mmg teror balut ketupat palas...tiap2 raya itu tugas utama abah he3

    BalasPadam
  53. Amboi, lajunya tangan orang tu menyimpul ketupat palas tu. Sweetie tak pernah buat, cuma buat ketupat pulut, tapi guna sarung ketupat biasa tu.

    BalasPadam
  54. salam

    yum..yum... ee best tue angah suka makan ketupat palas jagung memang sedap.. kalau kacang angah tak suka sangat... sebab angah tak suka kacang merah

    BalasPadam