HIDUP SEORANG BLOGGER | Blues Blogger

Salam Ramadhan Al-Mubarak semua..bertemu kita lagi di sambungan kisah HIDUP SEORANG BLOGGER.Blogger kah anda? Bila di tanya ramai di antara kita adalah seorang blogger,kebanyakkan yang hadir membaca dan komen di blog saya adalah merupakan seorang blogger.Bagaimana anda menjadikan makna "blogger" itu lebih bermakna dalam hidup anda?Ada pelbagai cara dan kesannya secara tak langsung pada diri anda mahupun individu yang mengaku dirinya seorang blogger. Mari kita lihat apakah yang saya ibaratkan blog saya ini di hati saya.


HIDUP SEORANG BLOGGER seperti saya lebih saya kategorikan sebagai ibarat pemuda baru mendapat kereta pertamanya (Blues Life).Bilakah anda dapat kereta pertama anda?Mungkin saya beranggapan begitu kerana saya dikategori blogger otai juga bila umur kini hampir mencecah 40.Saya gambarkan keseronokan berblog ini ibarat saya memiliki kereta pertama saya di usia 25 tahun sekitar 1995.Bermula dari sebuah kereta biasa (second hand) seorang pemuda pasti akan mengolah atau mengubah suai keretanya menjadi menarik di lihat dan seronok untuk di pandu.

Begitu juga sebuah laman blog dari satu tapak yang kosong bermulalah proses mengecatnya bagi kereta dan blog template bagi sebuah blog, setelah itu anda akan menambah accessories kereta ibarat widget di blog anda.Ada kalanya accessories yang tidak perlu pun anda letak sehingga mengganggu keamanan orang lain sebagai contoh kereta di tambah exzos besar yang berbunyi bising.Begitu juga blog, widget lagu-lagu yang syok sendiri banyak yang di letak  di blog sehingga mengganggu kehadiran pembaca.Saling tak tumpah persamaan ini pada saya,maaf jika ada blogger yang HIDUP SEORANG BLOGGER terasa kerana saya bercakap berdasarkan realiti.



Bila siap di ubah suai sesebuah kereta  akan memerlukan seorang pemandu yang berhemah di jalan raya. Pandulah mengikut undang-undang jalan raya,begitu juga di blog seorang blogger perlulah punya rasa tanggungjawab menulis ibarat seorang pemandu yang bertanggungjawab juga.Bentuk dan cara  penulisan  janganlah boleh menyebabkan "tension emosi" mahupun gangguan perkauman serta tidak terlalu berat kepada satu pihak sahaja.Jadilah HIDUP SEORANG BLOGGER yang punya mata dan telinga yang melihat dan mendengar apa yang baik di akui kebaikkannya dan yang buruk serta tidak baik di akui keburukkannya jua.Kalau boleh jauhi menulis berita khabar angin.

Seorang penulis yang prihatin akan mengikuti perkembangan semasa ibarat kereta memerlukan accessories mengikut perkembangan semasa,sport rim dan CD player contohnya dan kita selalu mengikut peredaran semasa.  Begitu juga dalam bentuk penulisan kita, acapkali bila tiba bulan puasa berpusu-pusulah entri mengenai Ramadhan dan keberkatannya selain persiapan menyambut Idulfitri di keluarkan blogger.Bila tiba musim bola, HIDUP SEORANG BLOGGER sebelum ini kebanyakan akan menyelitkan cerita tentang bolanya, itulah tanda semua blogger peka pada perkembangan semasa.Keprihatinan seorang blogger juga akan menarik minat pembaca melayari laman blog anda.

Akhir kata HIDUP SEORANG BLOGGER seandainya kita hendak menjadi blogger yang di segani dan di terima ramai,perlu ada identiti tersendiri dalam menjadi seorang blogger.Perlu ada rasa hormat sesama blogger.Seandainya ada diantara kita tidak senang dengan seseorang blogger yang lain,cukuplah sekadar kita tidak melayari lagi laman blog beliau.Tidaklah perlu kita mengutuk mahupun menghina mereka kerana kadang-kala cara berblog mereka yang tidak kita senangi tetapi di senangi oleh pihak yang lain.Hak masing-masing lah,selain etika disiplin dalam diri perlu di sematkan memandangkan sudah ada akta dan tindakan undang-undang yang boleh di ambil seandainya seorang blogger melanggar batasan dalam menulis. Wassalam.

Entri ini adalah kredit kepada DENAIHATI.COM


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Ogos 29, 2010

60 Komen:

  1. salam en zul..
    idea mencurah2 nampaknya..
    :)

    BalasPadam
  2. Salam Zul..
    Ulasan panjang lebar sebuah kehidupan sebagai seorang blogger..menarik & semoga berjaya.

    BalasPadam
  3. salam

    Wah...hmm...dah berapa kali "tukar kaler keta" saya tu namun tak pernah berpuas hati he3...selamat berjaya bro!

    BalasPadam
  4. salam, menarik sekali dan penuh bimbingan ulasan bro...amat bersetuju sekali dengan sikap hormat menghormati tu

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum tuan blog.. Analogi yang best psal blog dan kete pertama.. Heehee.. :)

    BalasPadam
  6. salam
    nasihat yang baik untuk semua

    pembaca juga menentukan arah sesebuah blog
    galakan dan teguran amat berguna kepada seseorang blogger agar sentiasa di jalan yang betul dan berhemah

    BalasPadam
  7. yuppp jgn tulis kabar angin...

    p/s: mesti buang angin hari2 =)

    BalasPadam
  8. Salam Zul,

    Begitulah hidup
    seorang Blogger .
    lalalaa

    BalasPadam
  9. Salam Zul,
    Kita mempunyai pandangan masing-masing. Hormat menghormatilah antara satu sama lain. Tak perlu kutuk mengutuk ...setuju dengan zul, jika tidak sesuai dengan pandangan kita baik tidak melayari blog tersebut.

    BalasPadam
  10. Salam zul ..begitu kiasan kehidupan yang penuh sinis dan kiasan ini ..hidup seorang blogger selamat maju jaya !

    BalasPadam
  11. salam zulkbo,

    setuju hundred persen....selamat beramadhan dan selamat berhari raya rakan blogger

    BalasPadam
  12. ckLah bukan seorang bloger....sebenarnya.
    Sungguh!






    ...tulisanku sekadar picisan.

    BalasPadam
  13. Err...zul,
    Blog ckLah langsung tak ada aksesori...kan!
    Masa mula-mula berblog Mei 2008 dulu...segala widget lip lap lip lap bagai...semua nak masukkan. He..he..kemaruk!

    Sekarang.....sunyi sepi. Gelap. Dan cuma ada wajah 'penunggu' blog yang baru mentekedarah (ada kesan darah di bibir)sebagai wallpaper...

    Harap-harap, rakan2 senang nak akses weblog ckLah....terutama rakan-rakan yang kawasannya hanya bergantung kepada GPRS. Kekadang, nak tunggu gambar appear pun berjanggut...walaupun gambar-gambar yang ckLah upload dah dikecilkan piksel/resolusinya...

    BalasPadam
  14. salam otai jengke.
    pendek kate, aok memang blogger hebat!

    BalasPadam
  15. Hidup blogger gaya kita ni..

    BalasPadam
  16. blogger dan dunianya........menarik!

    BalasPadam
  17. salam ziarah..betul 2...blog sy pon kn ada transformasi he3...tguuu

    BalasPadam
  18. Salam...

    Hebat....hebat.....gud luck....moga sampan yg jauh hanyut kembali ke muara.....

    BalasPadam
  19. salam,

    aku blogger? tengah ni aku hidup. hidup seorang blogger. cara aku. tah hapa-hapa tah.

    BalasPadam
  20. @iza

    dah jauh hanyutnya
    aku berenang sendirian
    ke tepian..nasib baik
    tak lepas..he he

    BalasPadam
  21. Err...

    Kekadang Tie terbabas gak bila emosi melanda diri.

    BalasPadam
  22. @Tie | AHMAD HUMAIRI

    Selamat berbogging buat kalian
    ada kalanya emosi melanda memang
    tak dapat di elakkan,tak salah rasanya sesekali,tapi biarlah dalam
    suasana beradap juga ..kita kan orang
    melayu..he he

    BalasPadam
  23. @Nadia Abdullah

    Selamat melakukan perubahan
    sempena bulan Ramadhan ini
    moga setiap kita mendapat
    menafaat darinya..

    BalasPadam
  24. @al-mankaraqi| YASSIN | RELEVAN

    Beginilah aku dan Pahang bloggers sekaliannya..sesamalah kita berblog weii..he he,terima kasih singgah dan komen kalian

    BalasPadam
  25. @pacifist

    Saudaraku,blogger hebat??
    Jauh sekali bang..cukuplah
    apa yang ada..bersederhanalah
    kita yek..he he..

    BalasPadam
  26. @ckLah@xiiinam

    Blog anda antara blog yang paling popular saya lihat,anda adalah blogger yang hebat dan di hormati..Tahniah dari saya buat anda dan blog anda.

    BalasPadam
  27. @cikgu isza

    Ermmm..tidak juga entri ini
    di buat dah seminggu,baru publish je..he he

    BalasPadam
  28. @ozzy |BOTAK
    Terima kasih singgah dan komen kalian berdua..semoga semuanya sihat di sana

    BalasPadam
  29. @Man Kuchai

    Blog anda sekarang melangkah ke
    dot com..tahniah Man,teruskan menulis

    BalasPadam
  30. @Zikr the Jalanan Sepi Perantau | ETOMYAM

    Blogger hebat seperti kalia berdua
    amat saya hormati..teruskan menulis entri yang selalu saya tunggu-tunggu

    BalasPadam
  31. @FarhanaDr | MISS XYZ | LINDA

    Kalian semua antara blogger wanita yang saya hor,ati dan tunggu-tunggu entri dari kalian,teruskan menulis..semoga terus sukses

    BalasPadam
  32. @tehr

    Blog anda always the best
    in may heart bro..tahniah

    BalasPadam
  33. Entry yang menarik wehhhh.. teruskan berblog...

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum,

    Kadang kita menulis ikut sedap rasa je, tak sedar pulok termenyinggung perasaan orang lain..Bagus juga ada entry yang menyedarkan blogger2 macam entry en Zul ni, tahniah...

    BalasPadam
  35. betul perumpaan tu, cuma koi tak minat solek keta

    yang penting selain berblog, kita sokmo belajo sesuatu yang baru dari orang lain

    BalasPadam
  36. @Webmaster@Echam | LIPIS LADY

    Sesamalah kita hormat menghormati..masing-masing orang belaka,ada hati dan perasaan..he he

    BalasPadam
  37. buat perumpamaan mcm ni lebih senang faham..
    hihi. :)
    paling penting...rasa hormat menghormati sesama blogger....

    BalasPadam
  38. @cemomoi

    Kereta betul tu mungkin idok la..nak kena berduit lebih juga,tapi blog kalau sesekali solek okey jugak weii..barula nampak baruhe he

    BalasPadam
  39. salam,

    bagi pendapat saya..identiti tu memang penting bagi menjadikan seorang itu blogger itu dikenali

    BalasPadam
  40. @siti murni | EJUM

    Perumpamaan mudah agar senang di fahami..identiti mmg penting agar orang kenal bila masuk blog kita..siapa anda..?

    BalasPadam
  41. Ternyata Zul memang peminat kereta otai + blogger yang berwawasan.

    BalasPadam
  42. wah! maksud simbolik yg menarik la! best! blogger umpama baru dapat kereta! yup! sy sokong! hehe

    BalasPadam
  43. @Aida Ali

    Otai? he he..muda lagi kut?
    la la..terima kasih kak singgah
    sini..

    BalasPadam
  44. @NICK IRFAN

    Nick dah ada kereta?
    kalau ada nick tahu lah
    he he..

    BalasPadam
  45. salam..
    memang mendalam maknanya.. siap ada perumpamaan..
    :)

    BalasPadam
  46. @Mr.Z

    Begitulah gayanya Z.
    moga anda selalu sihat di sana.

    BalasPadam
  47. Bergune amat ter weh...

    BalasPadam
  48. @Jejaka Desa

    Sesamalah kita mengambil
    menafaatnya rodong..apa kabor
    orang di Kuantan nuh..?

    BalasPadam
  49. yang penting, buat ape pun kite akan seronok kalau kite ikhlas kan ;)

    BalasPadam
  50. @Nur -al- Ain

    Betul Ain..rasa tanggungjawab
    juga perlu setiap penulisan di blog anda..

    BalasPadam
  51. salam zulkbo, betoi la apa yg zul dok cerita tu... hidup blogger mcm kak cabai ni macam roller coster sat sat ada cerita sat sat langsung tak dak habaq sat sat masuk entri panjang berjela... semuanya bergantung pada masa yang ada. Walaupun dlm hati nk sangat update blog tapi bila masa semakin terhad cuma sekadar singgah jap je.. kat blog sahabat. mcm keta kak cabai juga ada masa cuci calat ada masa tu.... hehehe....

    BalasPadam
  52. SALAM aok,

    koi pun baru setahun jagung jadi blogger
    koi hanyalah bloger picisan
    dari jahil mula perbaiki diri
    banyak membaca dari blog aok2 semua juga
    terima kasih kepada blogger2 juga
    semuga kita semua terus diberi petunjuk
    semuga kita terus berada di jalan yg lurus
    insyaAllah...

    BalasPadam
  53. salam..berblog mcm meniaga gak??? barang kne baik???

    BalasPadam
  54. betoi kata bro koi..dalam blogger kene hormat menghormati..thanks for advace bro koi

    "13 Trivia dan Fakta Menarik Mengenai Youtube"

    BalasPadam
  55. salam..

    wahhh kadang2 angah terbabas gak.. hehehehew

    BalasPadam
  56. Salam hangat dari Blogger Borneo. Saya sependapat dengan Anda, sebagai seorang blogger kita mesti memiliki identitas masing-masing. Dan juga kita juga mesti menjaga kode etik yang telah diatur dalam dunia perbloggeran.

    BalasPadam
  57. salam..
    memang kreatif cara penulisan ni..
    betul. etika berblog harus dijaga..

    BalasPadam
  58. @annfrendly

    Terima kasih Ann..
    sokongan anda amat
    saya hargai..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA