Dalam Lipatan Sejarah



Koi mulakan dengan BISMILLAH..salam aok me?
Gambar di bawah antara sorotan peristiwa sewaktu hari mengundi pada tahun 1978 di kampung koi yang di adakan di Sekolah Rendah Kebangsaan (LKTP) Jengka 3..tapi sekarang LKTP tu tak da dah..sudah dibuang hanya tinggal Sek.Ren.Keb.Jengka 3.

Sekadar berkongsi bagaimana orang dulu-dulu hari pilihanraya masih boleh bergambar sekampung pada hal berlainan parti..koi ingat kalau sekarang susah la sket PONDOK PANAS yang pada koi nak membantu para pengundi pun dah di haramkan penggunaannya atas sebab-sebab tertentu




Ada seorang budak perempuan dekat dengan motor tu adalah adik perempuan koi..sekarang dah beranak 5 dah pun..manakala ayah koi berdiri sebelah belakang dari kanan ber t-shirt putih..ramai di antara para peneroka ni yang dah arwah..AL-FATIHAH buat yang pergi meninggalkan kita terlebih dulu.
Wassalam.

*****************************************


Allahyarham Tun Hussein Onn pada hari pilihanraya 1978


SEDIKIT INFO PILIHANRAYA 1978

Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 yang merupakan pilihan raya umum ke-5 di Malaysiadiadakan pada 8 Julai 1978. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam pilihan raya ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meninggal parti campuran Barisan Nasional untuk bertanding sebagai parti pembangkang.


Keputusan pilihan raya

Sebagaimana yang dijangka, Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.

Dengan kemenangan Barisan Nasional sebanyak 130 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, iaitu kurang lima kerusi berbanding pencapaian dalam pilihan raya 1974, ini masih merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, satu pencapaian yang jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Jumlah undi sebanyak 57.2% juga merupakan satu penurunan berbanding 60.7% yang dicapai pada tahun 1974. Ini mungkin disebabkan oleh keputusan PAS untuk menarik diri daripada penyertaannya dalam Barisan Nasional.

Bagaimanapun, PAS hilang kubu lamanya di negeri Kelantan buat pertama kali sejak kemerdekaan kepada gabungan UMNO-Berjasa. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 42.8% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 24 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusannya, Lim Kit Siang daripada DAP mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.



Sumber:Wikipedia






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 03, 2010

19 Komen:

  1. ander lagi yak simpan gambor lama..........

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam zul..kawan kenan amat nengok gambo lelama nei, apa pun org dulu jauh beza dgn org hari ini berpolitik semangat persaudaran ttp diutamakan.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama03 Mei, 2010

    slam zul..suasana pilihanraya sekarang dah jauh bezanya dari dulu..w/p berlainan parti tapi masih boleh berjalan seiring pergi tempat mengundi..zul ada simpan lagi gambar2 lama ni..baguslah sebab banyak kenangan manis bila tenguk gambar2 lama n fesyen2 lama2 ni..hehe

    BalasPadam
  5. kenangan menggamit rindu. bak kata orang tua2 dulu lain sekarang lain..tak dapat nak komen pasal kecik lagi masa tu hehe..

    BalasPadam
  6. Salam Abg Zul...
    koi suke gek nengok gambo2 lama nih...
    Xtau la kat tmpt lain yek,tp kat kg koi parti berbeza tu bkn satu masalah...time kenduri kendara atau mjlis2 dorg tetap bersama2 membantu..smayang jumaat pun x penah asing2..

    BalasPadam
  7. umr sy baru 8 thn hehe

    BalasPadam
  8. 78 ek? belum lahir lagi n belum dibuat lagi pun oleh mak ayah CP ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  9. time tu sy xlahir lg ke dunia ini... ;)

    BalasPadam
  10. salam zul, awat dok buka cerita mengundi ni? berangan nk jadi YB kaa?? Kalau jdi YB pun tak pa.. ada penyokong...

    BalasPadam
  11. lama betul gambar ni...alfatihah utk suma yg pergi...

    BalasPadam
  12. Hari mengundi merupakan satu pesta dari dulu hingga kini

    BalasPadam
  13. gabo antik juel kat museum laku tu..

    BalasPadam
  14. salam..

    pas dulu kini & selamanya..

    takbir!!!










    lalallala
    =p

    salam aok,

    BalasPadam
  15. aok ni otai betul dlm jemaah yak. koi tabik aok zul!
    tabik, tabik, tabik! :)

    BalasPadam
  16. mak aih..sungguh retro zaman en.zulkbo

    BalasPadam
  17. alamak! uncle xde cara lain ke? xkn kena buat mp3 sy? aduh... tu lemah tu syg nk buang la... klu kurangkan lagu2 dalam 2 ok x??? eh! wah! sedih plak tgk gmbr2 dlm ni... al fatihah pd yg telah pergi...

    BalasPadam
  18. Salam Zul...1978 kawan baru tingkatan 2.. ABS Tenerloh..

    BalasPadam
  19. salam sejahtera...
    masih elok lagi lagi gambar lama...

    BalasPadam