Lagi Berita Sakit Jiwa

Isteri Dibelasah


KUANTAN: Hanya kerana berbual di telefon dengan lelaki lain, seorang wanita dipercayai dibelasah hingga mati oleh suaminya di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa, Rosmawati Abd Rahman, 39, dipercayai dihentak di kepala serta dipijak di bahagian perut, dada dan paha oleh suaminya di hadapan anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan, suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba selepas anak lelakinya itu mengadu yang ibunya berbual di telefon dengan lelaki lain.

"Suspek tiba-tiba naik angin sebelum bertindak agresif menolak mangsa. Mangsa kemudiannya dipijak di perut, dada dan paha. Seterusnya suspek mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, suspek, 46, kemudiannya berterusan memukul mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

"Anak mangsa kemudiannya meminta bantuan jiran, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Punca kematian masih disiasat," katanya.

Pihak polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu bagi membantu siasatan, katanya.

BERNAMA


Salam aok me..?
Arghhhh..sedihnya baca cerita begini..masaalah begini koi klasifikasikan sebagai sakit jiwa di tambah dengan perasaan cemburu buta..kesiannya..nak buat goner..nasi pun dah jadi bubur..orang yang dulu di cintai dan menjadi arwah..Al-Fatihah buat allahyarhamah..moga menjadi iktibar buat kita semua agar mengatasi perasaan cemburu..
Wassalam.








Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 04, 2010

39 Komen:

  1. Salam...
    koi memikirkan trauma yg akan menghantui anak pasangan tersebut...Sampai dewasa la dia akan tetap teringat peristiwa hitam tu...

    BalasPadam
  2. Kadang2 ande orang lupe care nok bertindok.Tu yang jadi ikut dan ter...

    BalasPadam
  3. salam zulkbo, koi reserve dulu komen. koi nok tengok kot2 menteri shahrizat jalil nok berlakon menangis2 dalam TV dulu esok.

    Jangan maroh........no komen yak.

    BalasPadam
  4. salam..
    adui... dah serupa cam gusti...
    dasat sungguh...
    aok jgn belasah org umah...
    hihi

    BalasPadam
  5. memang tak fikir panjang dah suami tu..
    kasihan arwah..

    BalasPadam
  6. Agaknya dah tiada iman di hati, tu yang jadi lagu tu kot..

    BalasPadam
  7. hum...zaman sekarang ni, x puas hati je bunuh..hish..ngeri..klu mcm ni lah..biar ku bujang smpi ke....eh x..x nak..mak saya selalu kata,perkahwinan ni ibarat 1 perjudian..tp bukankah zaman skrg ni org berkahwin atas pilihan sendiri..entah di mana silapnya..

    BalasPadam
  8. is is is...gone sampai gini nih

    BalasPadam
  9. alfatihah utk arwah...jgn ada kes pulak, bila tgk bini layan blog kena pijak...

    BalasPadam
  10. Beginilah jadinya kalau mengambil tindakan terburu2 sudah padoh jadinya, kawan rasa kes sakit jiwa tidak ada disini lebih pada sakit hati dan cemburu..keknya periksa dan fikirlah sebelum bertindak bukan itu cara jalan penyelesiannya.
    Kalau benar isteri ada bermain dgn jantan lain ini juga satu kesilapan besar si isteri tersbut.
    Al fatihah juga drp saya.

    BalasPadam
  11. menitis air mata hana time baca berita nih.. sanggupnya seorang suami menamatkan nyawa isteri sendiri..tak terlintaskah sedikit baki kasih sayang , kenangan sewaktu bahagia sebelum ini? nauzubillah... semoga arwah tenang di sana

    BalasPadam
  12. ish ish ish perbuatan yang berperikebinatangan sungguh.. apa lah nak jadi

    BalasPadam
  13. manusia dah ramai yg hilang sifat kemanusiaan....tak sangka berlaku pulak di negeri pahang..

    BalasPadam
  14. mb sbb perasaan suami telah di hasut oleh syaitan kerana kurangnya iman...

    sabar kn separuh dr iman...

    BalasPadam
  15. kenapa begitu kejam sangat manusia sekarang.... patut la ramai segelintir perempuan sekarang takut untuk berkahwin... kerana cemburu tergamaknya dia pukul dan bunuh isteri...

    BalasPadam
  16. Masaalah jiwa yang kronik !

    Kasihan wanita sering dianiya dan teraniaya ..

    BalasPadam
  17. Salam Zulkbo.

    Kemanusiaan dah bertukar kepada kehaiwanan.

    Mudah2an kita terpelihara daripada kejadian seumpama ini.

    BalasPadam
  18. makin ramai manusia tak berperikemanusian..masyallah

    BalasPadam
  19. salam ziarah..
    hmM..tekanan idup mmG melahirkan pesakit jiwa..
    tetapi sakit jiwa sebenarnya lahir dr hati yG kosong tanpa-Nya..

    BalasPadam
  20. salam...

    adoi,,mental kacau..kejam sungguh

    BalasPadam
  21. ini namanya mental panas baran

    saya benci lelaki yg punya sikap begini
    panas baran
    kaki pukul anak bini
    tak bertanggungjwab
    tak sedar diri

    huh!!!
    alfatihah buat arwah..

    BalasPadam
  22. SALAM..

    MasyaALLAH..hilang langsung belas ikhsan..tak ada iman ..kejammmmmmm

    BalasPadam
  23. Cemburu buta tidak guna dindaa...

    BalasPadam
  24. salam, klu da nafsu mengatasi akal fikiran tu yg jd mcm tu.sampai x bole pk ngan waras.yg buat sy geram tu, xkan anak dia xtau bapak dia mmg panas baran..knp nak citer ngan bapak dia mak dia bergayut? bukan nya mak dia g dating..anak ngan bapak sama je..x boleh pk dgn waras...geram je baca metro td...sabar2 ..

    BalasPadam
  25. ishk, macam2 yg berlaku sekarang nie..takut pulak

    BalasPadam
  26. ada juga orang macam ni ker?? sedihnya !!!

    BalasPadam
  27. bior betol berita aok ni. malam tadi je baru mok koi citer kawan dia kantoi main sms dgn lelaki baru dikenali dalam FB. tapi dia kena maroh dan tegur dgn suami dia.

    BalasPadam
  28. ermm..koi tok tahu sape yg saloh...hanye mereka yg tau...

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama04 Mei, 2010

    salam zul..takut membacanya ..janganlah nanti ada yg bunuh isteri kerana asyik berblogging..hehe..tulah kalau manusia bertindak mengikut emosi n sifat kebinatangan,bukan mengikut hati n iman..isteri n suami kenalah tahu batas2 bersms,bercakap dalam telefon atau berblogging..dahulukan keperluan suami/isteri barulah tak ada yg marah ..

    BalasPadam
  30. inilah jadinya bila AMARAH menguasai diri..MEMBUNUH bukan jalan penyelesaian...nauzubillah...

    BalasPadam
  31. kalo kemarahan dah mnguasai gitu le jd, cuaca panas org pun ikut berbahang..

    BalasPadam
  32. mungkin si suami dah tertekan dengan perangai isteri dia yang suka bergatal dengan laki lain...apa2 pon membunuh bukan jalan penyelesaian semua nie...

    BalasPadam
  33. aih..cemburu punye psl.. -.-"

    BalasPadam
  34. Tanpa Nama05 Mei, 2010

    cakap dlm tipon pun dah nak bunuh.. bodoh toiii... ntah2 silap nombor ker.. nih kalu join FB x taw rr.. siap komen agi.. terang2 leh bace..
    makanan rohani x de nih.. jenis makan nasik janji kenyang jek nih

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama05 Mei, 2010

    http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DqVpSO8J-wcs&h=8eb4a

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama06 Mei, 2010

    Pe la bodo nyer lelaki tu, talak kan kat tangan dia cerai je la wat pe nak bunuh2, dosa besar lg dapat, pastu nnti sume pompuan takut nk kawin ngan dia kan rugi...pk2 la wahai lelaki dan wanita sebelum wat pa pe pun...jgn ikut emosi buruk padahnya..

    BalasPadam
  37. salam sejahtera...
    menakotkan..
    saya baca dalam paper.. suaminya cakap dia dengar suara bisikan jin cakap isterinya curang...
    eii menakotkan.. lebih percaya jin dari isterinya..
    mungkin tak waras kot suaminya tu...

    BalasPadam
  38. Buat malu org Pahang jerrr...pasai tepon tu pn sampai nak bunuh bini...x dak akai kaa!!!!

    #kat beloh mane org tu yekk?? Dekat ngan tmpt keh tuu!!

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA