Bersangka Baiklah Sesama Kita..


Manusia memang suka bersangka-sangka (tak semua)
yang kaya di sangka makan duit haram..
yang miskin disangka lemah dan pemalas
yang pakai kereta baru disangka nak menunjuk
yang pakai kereta buruk disangka ZUHUD...


Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
  • Susah amat nak buang sifat buruk sangka sesama kita ni..koi bukan mengata sesiapa cuma berpesan pada diri koi sendiri...moga di jauhkan sifat begini..nauzubillah...


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 22, 2010

9 Komen:

  1. kata orang...

    kalau tok menipu bukannya cina
    kalau tok membelit bukannya india
    kalau tok berdengki bukannya melayu...

    entoh ke ye ataupun dok entoh le...tapi kalo direnungi kat persikaran melayu gitulah sokmo...tokleh lalu nampok org lain tu senang sikit...hok die tu malas...

    BalasPadam
  2. begitulah hidup ni cikgu...
    nak buat goner..sifat dengki dimana-mana..moga terhindarlah kita..WA

    BalasPadam
  3. To:Ijad
    terima kasih jengok blog koi ni..dan memberi komen..koi masuk blog aok tak tau kat mana nak chat..lip-lap belaka lampu..he he..sorry bro..

    BalasPadam
  4. betui amat te..kenapa kite suke ngat menjatuh kan sama-sama kite...koi pelik gek kadang te..muge kite semua dijauhkan dari sifat demikian..

    terima kasih abg zul..tips yg elok diamalkan te

    BalasPadam
  5. koi bukan apa Mazru..
    kerap amat jumpa kawan yang gini
    sedih pun ada..

    BalasPadam
  6. salam.betol tu cik zul.kite ni kene saling ngingat mengingati.yg baik jd tauladan,yg buruk jd sempadan

    BalasPadam
  7. salam semua..
    entri lama koi recycle balik
    banyak yang belum sempat membaca
    sebelum ini..moga bermenafaat..

    BalasPadam
  8. salam sejahtera..
    payah nak puaskan hati semua orang..
    PHD(perasaan hasd dengki) tulah musuh utama kita semua

    BalasPadam