Pensil Siapa Nie ?



Salam aok me..?Setiap hari bila baca berita dalam suratkhabar atau menonton berita dalam tv bermacam-macam perkara yang di luar kebiasaan di lakukan orang manusia..dari simbah cuka getah ke muka orang..menyamar jadi kerabat di raja dan sekarang satu berita yang koi anggap di luar batas-batas kemanusiaan..mari kita baca..



Gambar ehsan GOOGLE


Remaja Mangsa Rogol Tidak Sedar Ada Pensil Dalam Kemaluannya

GOMBAK: Doktor yang memeriksa dan merawat seorang remaja perempuan yatim piatu berusia 14 tahun yang menjadi mangsa rogol rakan sekelasnya minggu lalu terkejut apabila mendapati bukan sahaja dia telah sebulan mengandung tetapi turut menemui sebatang pensil di dalam kemaluan mangsa.

Doktor mengesyaki sesuatu apabila budak perempuan tersebut mengadu terasa sakit setiap kali dia membuang air kecil.

Malah budak perempuan itu tidak menyedari pun yang di dalam kemaluannya terdapat sebatang pencil berukuran 4cm panjang sehinggalah para doktor mengeluarkannya dalam pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Selayang Hospital.

Mangsa membuat laporan polis Isnin lalu dengan mendakwa rakan sekelasnya telah merogolnya pada waktu rehat sekolah. Mereka bersekolah di Rawang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Rosly Hassan berkata, hasil siasatan mendapati, ini bukanlah kali pertama pelajar perempuan itu dirogol.

Malah katanya, budak perempuan itu telah beberapa kali dikasari secara seksual tetapi menyembunyikan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa.

“Kami percaya, perbuatan itu dilakukan bukan oleh seorang suspek tetapi lebih dari itu,” katanya.

Polis, katanya lagi kini masih menyoal siasat mangsa dan berharap akan memperolehi lebih banyak maklumat bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, rakan sekolah mangsa yang disyaki merogolnya di sekolah berkenaan telahpun ditahan di kawasan sekolah beberapa jam selepas mangsa membuat aduan.

Supt Rosly menambah, polis turut menahan enam lagi suspek yang dipercayai bersubahat untuk membantu siasatan.


****Moga di jauhkan anak-anak kita berkelakuan begitu..buat adik-adik remaja sekalian inilah masanya untuk menimba ilmu..menuntut ilmu sampai ke tahap tertinggi jika mampu..agar hidup jadi insan yang berguna satu hari nanti..bercinta-cinta ni boleh tapi biarlah berpada-pada..tata susila hukum hakam kena tahu..mana yang boleh mana yang perlu di jauhkan..jangan hidup hanya berpaksikan duniawi sahaja..Wassalam


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, April 22, 2010

25 Komen:

  1. zella pon ade bc cite ni kat paper...
    ksian bdk ni...
    msti tertekan...

    BalasPadam
  2. salam,
    mas boleh bayangkan betapa siksanya budak permpuan tue...

    Hishhh... dunia2

    BalasPadam
  3. la.. sampai pensel le tersumbat kt situ!!! astarfirullahalazim... nape teruk sgt dorg aniaya dia? ape2pun smoga bdk tu pulih seperti sedia kala dan bdk laki tu dpt hukuman setimpal! adoi.

    BalasPadam
  4. hmm..semakin lama semakin bnyk benda2 yg x masuk akal disekeliling kita...skrg nak tengok jenayah yg sadis,x perlu tinjau negara asing, dalam negara sendiri dah berlambak..jangan sampaijenayah2 sadis jadi berita biasa di dada akhbar...renung2knlah..

    BalasPadam
  5. Salam...
    koi pun nk citer sal pensil arini,
    tp citer sal seni...ehem..
    Giler ganaih bdk zaman skrg ni yek...
    Moga dpt hukuman setimpal dan beroleh
    pengajaran dr hukuman tersebut...
    Jgn pas kena hukum nt buat lg...

    BalasPadam
  6. ish ish ish
    apa lah nak jadi kan..
    dah rogol, di masukkan lak pensel tu
    gamaknya org yg merogol tu nak bila budak tu lahir cerdik pandai kut, sbb dh belajar menulis dalam perut haha

    BalasPadam
  7. macam2 yg berlaku sekarang nie.. takut pulak

    BalasPadam
  8. memacam yang jadi skang nie...

    BalasPadam
  9. Err..tak telus dik akal berlake perbuatan budak zaman sesari nei macam2 hal..minta dijauhkan drp anak2 kita berlake jua.

    BalasPadam
  10. x tahu nak cakap camne..

    BalasPadam
  11. salam..SINGAH YE BANG takut yana baca..
    menyeramkan remaja sekarang kan..apalah nak JADI YER..
    KESIAN remaja ppuan tu..mungkin dia diugut untk mengadu perbuatan rakan kelasyer...
    sungguh tidak bermoral remja Sekrang kan

    BalasPadam
  12. Harap harap pensil itu pesil tumpul yang tidak diasah..

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama22 April, 2010

    salam zul..semakin sakit n gila budak2 sekarang.. nin mesti pengaruh dadah hingga membuatnya berkelakuan tidakberperikemanusiaan..berkelakuan seperti binatang ni..pakat2lah kita berdoa agar dijauhkan perkara begini n lain2 perkara yg tak elok terjadi kepada keluarga kita..

    BalasPadam
  14. da tak de akal ke org skrg ni..mcm2 kes la..

    BalasPadam
  15. masyaallah..lain mcm sungguh budak2 sekarang

    BalasPadam
  16. salam sejahtera...
    memang terkejut sangat baca berita ni dalam paper tadi..
    nampaknya masalah gejala sosial makin meruncing..
    kasihan anak yatim piatu itu..
    sepatutnya sekolah adalah tempat yang selamat, harmoni...

    BalasPadam
  17. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Rosly Hassan berkata, hasil siasatan mendapati, ini bukanlah kali pertama pelajar perempuan itu dirogol.....

    dah banyak kali rupenye...patut le...

    BalasPadam
  18. Sedih saya baca berita ini . Sebagai Ibu, naluri saya sangat tersentuh .

    Dengan rasa rendah hati , saya merayu kepada semua parents . Tolonglah jaga dan didiklah anak-anak lelaki anda agar lebih menghormati kaum hawa .

    BalasPadam
  19. astaghfirullah.. kesian nasib budak pompuan tu.. semoga Allah lindungi zuriat keturunan kita dijauhkan dari ini semua..

    BalasPadam
  20. uiks,,jahat tul budak2 masa ni!

    BalasPadam
  21. salam rodong,
    ishhhhhhhhhhhh heran betul
    camana budak2 tu belajar
    masukan pensil la apa la?
    adeh, rosak la budak2 sekarang
    salah siapa?
    koi tetap salah kan kan kan
    ishhhhhhhhhhhh...
    pemimpin2 kita, opsss....
    rosak rosak..

    BalasPadam
  22. salam sahabatku,

    saya sedih dan bersimpati.

    barangkali sudah sampai masanya sistem pendidikan di negara ini dikaji semula samada betul2 mampu melahirkan 'manusia'.

    sampai bila kesalahan harus diletakkan kpd ibubapa, masyarakat dan faktor persekitaran semata-mata?

    BalasPadam
  23. salam...
    owh ada baca dalam paper ni.
    ish2, macam2 cerita sekarang yek.
    kesian gak perempuan tu, sampai macam tu sekali dibuatnye..

    BalasPadam
  24. salam bro
    perkara seumpama ini yang amat ditakuti oleh guru dan pastinya para ibu...kASIHAN pada mangsa.kalau kita lihat,mangsa selalunya amat trauma dan naif...

    BalasPadam