Keputusan Rasmi PRK Kuala Besut 2013 : BN Menang



Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi. BN memperoleh 8,288 undi manakala PAS 5,696 undi. Pengarah Pilihan Raya, A Rahim Jusoh mengumumkan kemenangan calon BN itu kira-kira jam 10 malam di Dewan Majlis Daerah Besut.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berlangsung di sembilan pusat mengundi dimenangi oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan majoriti 2,592 undi. Beliau mengalahkan calon Pas, Azlan@Endut Yusof, seorang ahli perniagaan dan calon tempatan yang dikenali ramai sebagai Che Long.

Tengku Zaihan telah memperolehi 8,288 dan Che Long 5,696, menyaksikan sedikit peningkatan majoriti berbanding PRU13 lalu. Sebelum ini calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,434 undi mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail pada PRU13, Mei lalu.

mStar


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Julai 24, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan