Gambar Bayi Kate Middleton Dan Prince William (The Prince Of Cambridge)

Kelahiran 'Royal Baby' yang digelar, Prince Of Cambridge yang ditunggu-tunggu ramai pihak seluruh dunia. Dalam satu kenyataan dari Istana Kensington, wakilnya berkata Putera William dan isterinya, Kate Middleton telah dikurniakan bayi lelaki yang bakal menaiki takhta Britain.

Kate Middleton yang bergelar, Duchess of Cambridge selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 4.24 petang waktu tempatan seorang bayi  seberat 3.8 kilogram, menurut kenyataan itu. Ratu Elizabeth amat teruja apabila mendapat berita kelahiran bayi pasangan diraja Britain tersebut.




Kate Middleton dan bayinya kini berada dalam keadaan sihat dan telah keluar dari hospital sebelum di rawat semalaman. Putera William turut berada di Hospital St. Mary, di tengah London ketika kelahiran bayinya itu sebelum memaparkan gambar bayi tersebut untuk tatapan umum pada hari ini.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Julai 24, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan