Video Dan Gambar Rakaman Saat Runtuhan Penebat Kilat Menara UMNO Menghempap Kereta


Video menunjukkan penebat kilat terjunam dan menghempap jalan serta mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Honda City berwarna gelap dipercayai milik, Lim Chin Aik, 44.

Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara UMNO itu runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter.





Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.

Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik saja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.

www.bharian.com.my



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Jun 20, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan