Gambar Dan Harga Proton Saga SV Baru 2013

Langkah Proton menawarkan harga kereta yang lebih murah kepada pengguna adalah sejajar dengan wawasan kerajaan untuk mengurangkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus secara beransur-ansur sepanjang lima tahun mendatang, tanpa menjejaskan kualiti, keselamatan dan ciri-ciri kenderaan yang dijual pada pengguna.


Proton hari ini melancarkan varian Proton Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) sebagai kereta 'mampu milik' kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Varian baru Saga itu diperkenalkan di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara. 

Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock. Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.

Model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888, menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini. Model ini merupakan variasi dari model Saga FLX dan fungsi keselamatannya hampir sama.









Model Proton Saga SV didatangkan dengan jaminan tiga tahun/100,000 km. Anda yang berminat sudah boleh melakukan tempahan mulai hari ini di mana-mana pengedar Proton. Harga untuk model terbaru mampu milik ini:
  • Saga SV 1.3 (M), RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic)
  • Saga SV 1.3 (A),  RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic). 



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Jun 16, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog