Keputusan PRU 13: Statistik Kerusi Parlimen Dan Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri Yang Dimenangi

Keputusan rasmi PRU-13 kali ini, Pakatan Rakyat berjaya menguasai sebanyak 89 kerusi Parlimen, tambahan tujuh kerusi berbanding pada 2008, tetapi pada kali ini, DAP memenangi kerusi terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 kerusi Parlimen dan PAS dengan 21 kerusi Parlimen.

Barisan Nasional pula berjaya menawan kembali Kedah dan mengekalkan Pahang, Perlis, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Johor. Kemenangan BN diterajui Umno manakala Sabah dan Sarawak kekal menjadi 'simpanan tetap' Barisan Nasional dengan memenangi 47 kerusi.

 
Statistik Kerusi Parlimen Yang Dimenangi

 
Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri Yang Dimenangi
 
Barisan Nasional (BN) nampaknya gagal menebus kekalahan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tahun 2008. Di Selangor, penguasaan Pakatan Rakyat menyaksikan penambahan kerusi Pakatan Rakyat dari 34 ke 44 kerusi DUN.
 
BN berjaya menawan semula dan dapat membentuk kerajaan di negeri Kedah setelah menang 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. BN menambah tujuh kerusi daripada hanya 14 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008

Di Kelantan, BN menangi 12 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, peningkatan enam kerusi yang dimenangi pada 2008. Enam kerusi yang ditambah adalah Galas, Air Lanas, Selising, Semerak, Gual Ipoh dan Dabong selain mempertahankan kerusi Nenggiri, Paloh, Kuala Balah, Bukit Bunga, Kok Lanas dan Pengkalan Kubor.

Selain itu, BN juga mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga di Melaka, Pahang, Perlis dan Sabah. BN kekal memerintah Terengganu setelah menang tipis dan memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi yang ditandingi.
 
Sumber: SPR
 
 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 06, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan