Keputusan Penuh Pilihan Raya PRU-13 Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah

Barisan Nasional (BN) memenangi 132 daripada 178 kerusi Parlimen setakat 2.45 pagi Isnin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).  BN memenangi 25 kerusi di Sarawak, 15 (Johor), 13 (Sabah), 12 (Perak), 10 (Pahang), sembilan (Kedah), masing-masing lima di Kelantan dan Negeri Sembilan dan masing-masing empat di Melaka dan Terengganu.

DAP pula menguasai kerusi Parlimen di kalangan parti pembangkang dengan menang 37 kerusi Parlimen iaitu masing-masing tujuh di Pulau Pinang dan Perak, masing-masing lima di Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing dua di Selangor dan Sabah dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PKR pula menang 26 kerusi Parlimen iaitu tiga di Kuala Lumpur, masing-masing dua di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. PAS memenangi 21 kerusi Parlimen iaitu enam di Kelantan, masing-masing dua di Terengganu, Perak dan Selangor dan masing-masing satu di Kedah dan Pahang.

PARLIMEN (Keputusan setakat 2.45 pagi)
BN PR LAIN-LAIN
132 85 0
222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds
DEWAN UNDANGAN NEGERI
BN PR LAIN-LAIN
Johor (56)32130
Kedah (36)21150
Kelantan (45)12330
Melaka (28)2170
N. Sembilan (36)22140
Pahang (42)30110
Penang (40)10300
Perak (59)30290
Perlis (15)1320
Sabah (60)42100
Selangor (56)18380
Terengganu (32)17150
NOTA: Nombor dalam kurungan menunjukkan jumlah keseluruhan kerusi. Senarai lengkap Ahli Dewan Rakyat, Parlimen PRU-13 (KLIK)
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi tewas mengejut di tangan calon PKR, Datuk Mohd Idris Jausi dengan majoriti 1,732. Datuk Mohd Idris yang bertanding buat pertama kali berjaya memperolehi 38,667 undi manakala Dr Mohd Puad 36,935 undi.

Antara keputusan mengejut lain menyaksikan beberapa bekas menteri kabinet yang tewas pada PRU-13 kali ini, antaranya bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas di tangan Nasrudin Hassan di Parlimen Temerloh, Pahang.

Di Melaka pula menyaksikan mantan Ketua Menterinya, Datuk Ali Rustam juga tewas. Manakala di Selangor, Pakatan Rakyat nampaknya berjaya mengekalkan kekuasaan mereka di negeri yang terkaya sekali di Malaysia dengan menambah beberapa kerusi tambahan.



NOTA: Di atas keputusan penuh PRU-13, Parlimen Ampang dan DUN Lembah Jaya yang  merupakan kawasan pengundian saya. Tahniah kepada para pemenang, YB Khasim dan Puan Zuraida yang berjaya mengekalkan kerusi mereka. Lain-lain keputusan penuh PRU-13, anda boleh layari resultpru13.spr.gov.my.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 06, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan