Keindahan Kolam Lubang Renang Air Laut Semulajadi To Sua Di Samoa (5 Gambar)

Indahnya keajaiban ciptaan Allah, lubang renang yang memukau dikenali sebagai To Sua Ocean Trench (Giant Swimming Hole) di Kepulauan Samoa. Parit laut besar yang fotogenik ini memang mempesonakan setiap pengunjung yang sanggup datang dari seluruh dunia untuk menikmati keindahan alam semulajadinya.

Sebelum ini para pelancong luar yang datang sanggup berenang mengharungi gua laut yang berbahaya untuk ke kolam air tersebut. Tetapi hari ini, tangga dan platfom yang lebih selamat menyediakan akses lebih mudah. Kolam renang indah semulajadi ini diselenggarakan oleh penduduk kampung tempatan berdekatan Kampung Lotofaga. 






Kolam ini kini dibuka kepada umum tujuh hari seminggu dari 07:00 pagi sehingga 06:00 petang dan pelancong dikenakan bayaran masuk dengan harga yang amat berpatutan dari $ 15 untuk dewasa dan $ 6 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 15. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 7 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mei 09, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog