Terkini Gambar Kenderaan JPJ Diterbalik Dan Dibakar Di Perak

Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang menjadi begitu marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini. Khabarnya ada yang cedera dan telah di hantar ke hospital berhampiran.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolahan di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ, dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta. Bagaimanapun tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini.




NOTA: masih tidak diketahui punca sebenar kemalangan tersebut dan apa yang menaikkan kemarahan orang ramai sehingga sanggup membakar kenderaan JPJ itu. Ikuti kisah selanjutnya di SINI.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 11, 2013

6 Komen:

  1. Excident lah ni teruk nya..

    BalasPadam
  2. terbaca kat FB katanya salah JPJ tu berhenti melulu semasa mengejar lori... tu ramai org marah

    BalasPadam
  3. Ikut peraturan jangan ikut perasaan....

    BalasPadam
  4. salam
    diterbalikkan dan dibakar
    nampak seperti mereka sangat marah tu

    BalasPadam
  5. kata org jpj salah...tak pe , kita tgu dlu statement polis....

    BalasPadam
  6. Tunggu siasatan polis untuk mengetahui hal yang sebenar.

    BalasPadam