Terkini Gambar Kenderaan JPJ Diterbalik Dan Dibakar Di Perak

Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang menjadi begitu marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini. Khabarnya ada yang cedera dan telah di hantar ke hospital berhampiran.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolahan di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ, dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta. Bagaimanapun tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini.




NOTA: masih tidak diketahui punca sebenar kemalangan tersebut dan apa yang menaikkan kemarahan orang ramai sehingga sanggup membakar kenderaan JPJ itu. Ikuti kisah selanjutnya di SINI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...