Skim Rumah Pertamaku (SRP) : Had Pendapatan Kini RM10 Ribu

Berita baik buat rakyat Malaysia yang belum memiliki rumah apabila had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013. Kenaikan berkenaan merupakan satu daripada kriteria kelayakan SRP yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 tahun lepas.


Bagi peminjam bersama, pendapatan telah dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan, tertakluk kepada pendapatan peminjam individu tidak melebihi RM5,000 sebulan. Di samping itu, keperluan untuk rekod simpanan bersamaan tiga bulan ansuran dan pekerjaan minimum enam bulan akan dimansuhkan.

Skim itu membolehkan pembeli rumah mendapatkan 100 peratus pembiayaan daripada bank yang mengambil bahagian, membolehkan mereka memiliki rumah tanpa perlu membayar 10 peratus bayaran pendahuluan. Cagamas SRP akan menjamin 10 peratus bayaran pendahuluan daripada pinjaman di bawah skim SRP ini nanti.

Cagamas SRP telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia pada 2011 untuk memainkan peranan aktif membantu golongan muda, rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta untuk memiliki rumah pertama mereka di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP). - BERNAMA


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Januari 04, 2013

6 Komen:

  1. Ini lah peluang untuk mendapat rumah sendiri. Kalau duduk rumah sendiri boleh melunjurkan kaki.

    BalasPadam
  2. nasib baik dah beli rumah.. kalau tak nak gak apply.. huhuh

    BalasPadam
  3. salam
    kami ni sedang menyiapkan rumah pertama juga ni, bro

    BalasPadam
  4. Baguslah kalau macam tu,ada dinyatakan bila boleh apply bro?

    BalasPadam
  5. Harap betul disalurkan pada yg sepatutnya
    takut lepas tangan org kaya beli byk2 pastu sewakan pulak...

    BalasPadam
  6. Rumah makin lama makin mahal....duit makin tinggi nilai tapi nilai gaji makin rendah lak rasanya....isk..isk...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog