Senarai Terkini Model Telefon Yang Mendapat Rebat RM200 Telefon Pintar Belia

Sebelum ini hanya model telefon 3G dibawah harga RM500 sahaja diluluskan dalam pakej telefon untuk belia tersebut, namun atas faktor kurangnya sambutan yang diterima dari belia, maka kerajaan akhirnya telah membenarkan beberapa model lain telefon pintar yang harga lebih tinggi disenaraikan dalam program ini.


Idea asalnya ialah untuk meluaskan insentif ini kepada mereka yang belum menggunakan telefon pintar 2G kepada telefon pintar 3G. Semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut. Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara dalam talian (online) di  komunikasibelia.skmm.gov.my.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. Pertanyaan, boleh hubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum.

Berikut adalah senarai terkini telefon pintar yang yang mendapat Rebat RM200 yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan di dalam program Pakej Komunikasi Belia 1 Malaysia. Jangan lupa, hanya belia yang berumur 21 tahun sehingga 30 tahun sahaja layak memperolehinya  sempena Bajet 2013, 'Bajet Kasih Sayang' oleh kerajaan.


2. Samsung Galaxy S3
3. Samsung Galaxy Mini 2
4. Samsung Galaxy Y
5. Samsung Galaxy Note 2
6. Samsung Galaxy Ace Plus
7. Samsung Galaxy S3 Mini
8. Samsung Galaxy Note
9. Samsung Galaxy Nexus
10. LG Optimus LE E400
11. HTC Desire C
12. HTC One X
13. HTC Wildfire S
14. HTC Desire X
15. HTC One S
16. Nokia Asha 311
17. Sony Xperia Tipo Single
18. Sony Xperia SL
19. Sony Xperia Ion
20. Sony Xperia S
21. Huawei Ascend P1
22. Windows Phone 8X By HTC
23. Ninetology Blackpearl 2 i9400
24. Ninetology Stealth 2 i9500
25. Palette i5300
26. ZTE Acqua
27. Buzz 4G Cloud Phone
28. Insight i9430


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 14, 2013

10 Komen:

  1. hmmm barulah boleh bergaya
    daripada nok baru yg dulu tu :)

    BalasPadam
  2. Kira ok sangat la ni.. Bagi golongan sasar, manfaatkan sepenuhnya.

    BalasPadam
  3. susah betul nak tembus website diorang

    BalasPadam
  4. iPhone 5 harga sebijik pun dah dua ribu lebih..
    Kurang rm200, jd berape je..takde beza pon...

    BalasPadam
  5. senarai ni baru la betul2 pintar
    mesti ramai yang sedang senyum ni

    BalasPadam
  6. tq di atas senarai di atas bro, baru juga mendaftar Rebat RM200 Telefon Pintar Untuk Belia beberapa hari yang lalu. Daftar untuk wife saya =D

    BalasPadam
  7. Tak terfikir nak beli lagi..
    cukup xperia x10 buat masa ni

    BalasPadam
  8. salam..
    wah dpt tukar hp baru ya ;)

    BalasPadam
  9. rebat ni boleh guna kat mana- mana kedai ke? or ada certain kedai je yang boleh beli?

    BalasPadam
  10. rebat ni boleh guna kat mana- mana kedai ke? or ada certain kedai je yang boleh beli?

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog