Terkini Gambar Sekitar Banjir Di Kuantan Pahang Disember 2012

Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan, Pahang pada Isnin dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam Ahad. Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Menurut laporan Bernama, di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu. BERNAMA

 
Pekerja sebuah kedai peralatan sukan Noraini Mohd Hassan, 21, sibuk mengemas kasut yang ditenggelami air selepas banjir di bandar Kuantan, Isnin. Banjir kilat berlaku selepas hujan lebat melanda Kuantan sejak dari malam Ahad.

 
Seorang kakitangan sebuah hotel Shiaha Salleh, 48, melihat bandar Kuantan yang dilimpahi air banjir, pada hari ini Isnin. Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama di Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi tadi.
 
 
Kelihatan air melimpahi jalan dan menenggelamkan beberapa buah kereta selepas banjir kilat di bandar Kuantan, Pahang hari ini dan mereka yang tinggal di kawasan banjir dinasihatkan supaya berjaga-jaga kerana hujan lebat dijangka akan berterusan sehingga 9 Januari depan.


FOTO: Bernama



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Disember 24, 2012

10 Komen:

  1. Teruk kesan banjir melanda di bandar Kuantan.

    BalasPadam
  2. Memang teruk banjir kali ini...

    BalasPadam
  3. tengok dari KB je ni
    harap rumah kat bkt setongkol selamat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah okey je
      bila aok balik nanti

      Padam
  4. salam
    memang dah musimnya sekarang
    moga2 orang ramai sentiasa bersedia

    BalasPadam
  5. memang teruk banjir di bandar kuantan kali ini.

    BalasPadam
  6. tak leh lalu kuantanlah sekarang ek..

    BalasPadam
  7. teruknya banjir tapi rasanya kota tinggi lagi teruk dulu

    BalasPadam
  8. Kat kl ni pun sekarang hujan hari2. Suasana mendung je. terasa nak terlelap mata..huhu. Tapi best sbb sejukk

    BalasPadam
  9. boleh tahan teruk juga banjir kilat ni, harap tak berulang dlm masa terdekat, peniaga rugi banyak

    BalasPadam