Laluan Keretapi Laju Terpanjang Di Dunia Dibuka

China telah membuka laluan rel keretapi laju terpanjang di dunia, yang melintasi sejauh 2,298 kilometer (1,428 batu) dari ibu negara Beijing di utara ke Guangzhou, sebuah hab ekonomi di Delta Pearl River di selatan China. Dibuka secara rasmi pada hari Rabu apabila kereta api pertama yang berlepas dari Beijing pada pukul 9 pagi untuk ke Guangzhou.

 
Getty Images

Keretapi yang kelajuan tinggi ini mampu meluncur pada kelajuan 300 km/j (186 mph) dengan masa perjalanan yang hanya kira-kira lapan jam. Sebelum ini, masa terpantas antara dua bandar raya tersebut menggunakan kereta api adalah lebih dari 20 jam. Kini ianya menjimatkan masa hampir 12 jam dalam setiap perjalanan.

Keretapi adalah satu bahagian penting dalam sistem pengangkutan di China, dan kerajaan merancang untuk membina empat grid kereta api berkelajuan tinggi  menghubungkan dari timur ke barat  dan empat lagi menghubungkan dari utara ke selatan  China menjelang tahun 2020.-NY Times



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Disember 26, 2012

16 Komen:

  1. Salam, koi biase naik kereta api slow aje itu pun lama dah tak naiknya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ktm ye dok ? dr mentekab terus nu ke triang ..

      Padam
  2. Negara besar macam China memang perlukan pengangkutan yang cekap dan pantas.

    BalasPadam
  3. dh laju mcm tu pon 8 jam ag..besar btul negara china..huhu

    BalasPadam
  4. salam
    nampaknya china sedang mencabar kuasa barat ni

    BalasPadam
  5. makin maju teknologi Chima,
    makin cemburu Amerika,
    negara kita bila nak buat ni,.. he,ee

    BalasPadam
  6. Makin maju China.

    Terima kasih berkongsi info.

    BalasPadam
  7. Tahniah sebab terpilih dalam TOP 10 LINK REFERRER di Denaihati

    BalasPadam
  8. Malaysia ada perancangan untuk membina keretapi laju dari utara ke selatan melalui projek Private Fund Investment(PFI)tetapi samada projek dibincangkan dengan serius atau tidak.

    BalasPadam
  9. makin handey la yak nanti china.. malaysia gone lah ..beli pun yg terpakey...

    BalasPadam
  10. makin lama makin maju dunia kita ni tapi makin tak risau. sebab banyak sangat bahagian bumi yg diusik sikit demi sikit. huhuhuh

    BalasPadam
  11. makin ketara kuasa china sekarang ni dh :)

    BalasPadam
  12. lajunya keretapi diorang, kalau kat malaysia ada macam ni, kompom ramai yg akan naik

    BalasPadam
  13. pergh tgk bentuk depan tue dah agak laju..hee

    BalasPadam
  14. selalunya benda baru ni kerap ada masalah...lagi2 kat china..macam2 boleh berlaku..heheh

    BalasPadam
  15. fuhh..nak naik ni kena gi sanalah jawabnya..

    BalasPadam