Kini Boleh Keluar Akaun 2 KWSP Untuk Menunaikan Haji

Berita baik buat bakal jemaah haji akan datang, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan 'Pengeluaran Haji' yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
  
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP Datuk Ibrahim Taib berkata, permohonan ini dipermudahkan dengan tanpa perlu mengisi borang dan boleh dibuat ahli yang berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).

"Bagaimanapun ahli diingatkan pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali seumur sehidup dan hanya layak bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di LTH. Ahli juga diingatkan agar mengemukakan permohonan haji selewat-lewatnya tiga hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti ditetapkan LTH bagi memudahkan proses permohonan mereka," Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP Datuk Ibrahim Taib.

Untuk membuat permohonan pengeluaran haji itu, ahli yang layak boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP dengan syarat mengemukakan kad pengenalan, surat tawaran LTH dan buku akaun simpanan LTH yang telah dikemaskini. 

Pada bakal jemaah haji yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi terus Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.  - Bernama



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Disember 26, 2012

12 Komen:

  1. Wah bagus ni.. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Elok juga tu untuk menampung perbelanjaan jemaah di sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. وعليكم السلام ورحة الله
      moga sihat
      hendaknya
      saudara :)

      Padam
  3. Pentanda yang baik. Harapan saya duit tersebut bukanlah yang dilaburkan di saham saham konvensional.

    BalasPadam
  4. salam
    nampaknya makin banya peluang dan kemudahan diberikan
    tapi senarai menunggu sekarang ini semakin pula bertambah

    BalasPadam
  5. dah takde akaun kwsp. kenalah menyimpan di TH

    BalasPadam
  6. mcm best je ni nnt nk bgtahu mak dgn ayah ni

    BalasPadam
  7. alhamdulillah....semoga dipermudahkan urusan ke sana

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..semoga simpanan ini akan menunaikan hajat mereka ke tanah suci kelak

    BalasPadam