Singapore VS Malaysia AFF Suzuki Cup 2012

 
Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal bakal memulakan aksi pada saingan Piala Suzuki AFF menentang Singapura pada hari Ahad di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam Kumpulan B. Sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010, sudah tentu banyak yang perlu dipertahankan termasuk reputasi sendiri selaku penyandang juara.

Saya pasti dendam lama pasukan-pasukan yang tewas dalam musim Piala Suzuki AFF 2010 lepas, akan mereka luahkan dalam musim 2012 kali ini. Harapan semua peminat bolasepak negara,  pemain kebangsaan dapat memberikan komitmen penuh sepanjang perlawanan musim ini nanti.

Bertemu Singapura, bukan calang-calang pasukan juga kerana ramai di antara pemain mereka yang turut beraksi dalam Liga Malaysia dan sudah tahu sedikit sebanyak selok belok permainan pasukan Malaysia. Anda digalakkan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan Perlawanan Malaysia vs Singapura, sebagai tanda sokongan.

Tetapi jika tidak berkesempatan ke Stadium Bukit Jalil, anda boleh saksikan siaran secara langsung di TV 1, hari Ahad, 25 November 2012. Jika anda ingin melayari secara Online Live Streaming, bolehlah melayari pautan (klik) ini. Jika pautan ini tidak berfungsi anda boleh  melayari  2 pautan di bawah.

Online Live Streaming 25 November 2012
Malaysia VS Singapura
Piala AFF Suzuki 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil
0845 Malam

Link 1 | Link 2
Link hanya aktif pada waktu yang di tetapkan, harap maklum.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN
Malaysia 0-3 Singapura

Penjaring:
-  Mohd Shahril Ishak (minit ke-32 dan 37)
-  Aleksandar Duric (minit ke-75)


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 24, 2012

8 Komen:

  1. ciktom mmg xminat tgk plawanan bola ni...hehee

    BalasPadam
  2. harap Malaysia teruskan maju...jangan ulangi perkara yang sama semasa menentang Bangladesh...dapatkan kembali keyakinan penyokong Malsysia...Harimau Malaya boleh...

    BalasPadam
  3. sedih betul tengok perlawnan malam tadi... haduww.

    BalasPadam
  4. aisehh..kalah lagi..waaa

    BalasPadam
  5. dgr cerita malaysia kalah..ramai yg frust

    BalasPadam
  6. HUUwaaaa...team kita kalah lg ngan singaPORE!!!!!!!!!

    BalasPadam
  7. Pagi Isnin rakan-rakan sepejabat murung sahaja akibat kekalahan Harimau Malayai.

    BalasPadam
  8. memang frust betul...lain betul harimau malaya main compare tahun 2010..tapi masih ada lagi 2 perlawanan..mintak2 kita menang lawan laos ngan indo.

    BalasPadam