Muat Turun (Download) Jadual SPM 2012 : Peperiksaan Bermula 5 November 2012


 
Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (SPM 2012) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia boleh di muat turun dalam bentuk PDF oleh semua bakal calon yang akan menduduki peperiksaan bermula Isnin, 5 November 2012 nanti.


Memang mudah zaman sekarang ini, hanya di hujung jari anda sahaja sudah boleh mendapat kemudahan sebegini. Berbanding dengan zaman saya menduduki peperiksaan SPM tahun 1988 dahulu, terlalu jauh bezanya dengan sekarang.

Buat anak-anak semua yang bakal menduduki peperiksaan ini nanti, harapan saya telah bersedia dengan ilmu yang telah dipelajari sepanjang belajar di sekolah sejak dari Tingkatan 1 sehingga hari kertas soalan dikeluarkan.

Saya pasti, semuanya telah ada dalam otak pelajar semua, dan masa yang suntuk ini sepatutnya dihabiskan dengan mencari ketenangan menanti hari peperiksaan bermula. Kalau disumbat lagi dengan mentelaah buku, saya pasti susah dah nak masuk.

Silap hari bulan boleh jadi 'blur' masa kertas soalan diedarkan di meja peperiksaan. Jangan lupa berdoa dengan Allah, restu kedua ibu-bapa juga perlu sebelum pergi berjuang di medan peperiksaan nanti. Selamat menjawab dan semoga berjaya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, November 02, 2012

9 Komen:

  1. Bagi yang bakal menduduki peperiksaan SPM, semoga berjaya.

    BalasPadam
  2. Difahamkan jadual peperiksaan SPM agak panjang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang panjang
      sampai ke bulan
      Disember nanti

      Padam
  3. mudahan bakal2 SPM 2012 dapat buat yg terbaik..kejayaaan mereka, pencapaian guru2 jua

    BalasPadam
  4. semoga maju jaya buat mereka yg akan mengambil SPM

    BalasPadam
  5. assalam, anak nak periksa...ibubapa yang risau...InsyaAllah semuanya berjaya..

    BalasPadam
  6. jadual pon sama penting gak ngn stdy..kang stdy salah paper lak..hehe

    BalasPadam
  7. Selamat maju jaya kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM nanti,fuhh terkenang memori SPM 2001

    BalasPadam