Gambar Sekitar Tragedi Superstorm Sandy Yang Melanda Amerika

Memang menakutkan bila saya melihat gambar-gambar kesan dari tragedi Superstorm Sandy yang melanda Amerika Syarikat. Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin mencecah sehingga 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh.

Bandar raya New York antara yang paling teruk terjejas apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah rosak teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun. Sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di hospital terpaksa mencari tempat berlindung.

Kenderaan SUV pun dah naik atas peti surat.

Bot pun sampai terbang sehingga ke tengah jalan.

Kapal besar pun dihanyutkan sehingga ke pantai.

Lautan teksi di dalam lautan banjir di New York.

Air mencurah laju masuk ke dalam stesen keretapi bawah tanah di Manhattan.

Sebesar-besar rumah pun senget dibuat oleh Superstorm Sandy ni.

Lautan banjir di lapangan terbang di New York.

Bandaraya New York yang bergelap bila bekalan elektrik terputus.


NOTA: Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri termasuk New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam tadi (8 pagi waktu Malaysia hari ini, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu. Bersyukur kita di Malaysia walaupun musim hujan sekarang ini, tidak dilanda bencana alam menggerunkan seperti itu.  FOTO : sumber Yahoo Images



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, November 01, 2012

12 Komen:

  1. ganaz juga ribut sandy nih ek?
    byk bencana di sana sbb dorang selalu buat onar kot?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tempat kite tak terjadi perkare sebegini.

    BalasPadam
  3. Harapan saya umat islam dan rakyat Malaysia disana berada didalam keadaan selamat.

    BalasPadam
  4. innalillahi wainnailaihirojiun

    ia satu kiamat kecil dan beristifarlah kita...
    andainya kita adalah mngsanya....mampukah kita menghadapinya dgn penuh keyakinan dan keinsafan bhwa segalanya dari ALLAH

    fikir2kan

    BalasPadam
  5. untuk kita jadikan iktibar.
    mudah-mudahan umat islam di sana terselamat dari bencana Sandy.

    BalasPadam
  6. Itulah kebesaran Allah kalau nak tunjuk sekelip mata sahaja..
    Semoga menjadi iktibar utk kita bersama juga.

    BalasPadam
  7. siap ada kata ikan jerung berlegar kat banjir tu, nasib tipu je :)

    BalasPadam
  8. assalam, kuasa Allah SWT terhadap makhlukNya....kun fayakun.

    BalasPadam
  9. Bahkan Negara sekuat apapun tak kan bisa mengalahkan kekuatan yang Maha Kuasa

    BalasPadam
  10. Badaiinimengingatkan kita bahwa Tuhan Maha Kuasa. Tak ada yang bisa menandingi kekuatan-Nya. Tekhnologi secanggih apapun tak akan mampu membendung ganasnya alamciptaan Tuhan

    BalasPadam
  11. ada sebab terjadinya semua nih..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA