Gambar Sekitar Kejadian Tanah Runtuh Kuarters Polis IPD Gombak

Berikutan hujan lebat yang turun berterusan lebih 2 jam petang semalam, puluhan keluarga pegawai dan anggota polis di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.





Akibat kejadian itu, tiga kereta yang diletakkan berhampiran kuarters itu rosak selepas ditimpa batu yang jatuh berikutan runtuhan tebing itu. Siasatan awal bomba mendapati kondisi tanah berada di tahap kritikal , dibimbangi berlaku pergerakan tanah seterusnya sekiranya hujan berterusan.

Sebagai langkah awal keselamatan, seramai 150 orang daripada 32 keluarga yang tinggal di blok F1 diarahkan meninggalkan kediaman serta berkumpul di dewan sementara menunggu laporan terperinci daripada pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Selayang. Jarak runtuhan tebing blok F1 yang didiami 32 keluarga itu cuma 1.2 meter. Sumber: BERNAMA


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, November 04, 2012

9 Komen:

  1. Setiap kali musim hujan, berita
    sebegini yang selalu kita dengar..
    risau sungguh :(

    BalasPadam
  2. Nak kirakan tanah/ tebing di Kuaters IPD tersebut nampak begitu kukuh dibina tapi masih runtuh. Apatah lagi jika kita lihat barisan rumah bertingkat yang didirikan di Bandar Baru Selayang. Kalau runtuh, habis semua bangunan dibawahnya..Deretan bangunan memang nampak cantik.....tapi bahaya menunggu disana. Pengalamn dan peraturan nampaknya tidak boleh mengajar kita agaknya.

    BalasPadam
  3. Hujan yang lebat dan berterusan mengundang struktur tanah menjadi lemah. Harap tindakan segera daripada pihak berkuasa.

    BalasPadam
  4. kita nampak skrg dah banyak balik rumah2 yg dibina di lereng dan atas bukit.

    BalasPadam
  5. huh bahaya ni
    harap tiada nyawa yg terkorban

    BalasPadam
  6. bahaya betul tinggal di rumah sebegini.. sekarang hujan lebat banyak kemungkinan yang akan terjadi. semoga di jauhkan

    BalasPadam
  7. Malang tak berbau, waspada sentiasa dikawasan yang berbukit pada musim hujan seumpama ini.

    BalasPadam
  8. Bahayenye rumoh tepi bukit gini

    BalasPadam