Muat Turun (Download) Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja melancarkan  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di KLCC sebentar tadi dan menyifatkannya satu pelan yang begitu komprehensif dan menyeluruh.

Sehubungan itu, langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah cerminan kepada generasi masa depan Malaysia yang lebih gemilang berasaskan pendidikan berkualiti dan merangkumi semua golongan rakyat.

Anda boleh memuat turun Laporan Awal Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mendapatkan segala butiran tentang pelan ini dan bersama mengkajinya. Segala pandangan amat dihargai kerajaan, sebelum ianya menjadi Dasar Pendidikan Negara yang baru menjelang tahun 2013.

Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, September 11, 2012

9 Komen:

  1. Moga pendidikan kita terus cemerlang seimbang dgn dunia tanpa sempadan sekarang

    BalasPadam
  2. terima kasih zulkbo. baru baca separuh :)

    BalasPadam
  3. pelan pendidikan meniti kemajuan negara..

    BalasPadam
  4. panjang isi plan ni, isyaAllah akan baca kemudian. yg penting yg terbaik untuk anak2 sekolah.

    BalasPadam
  5. boleh save dl utk bc bila time free...tq...

    BalasPadam
  6. Salam, pendapat peribadi saya laporan awal ini tidak menunjukkan prestasi sebenar sistem pendidikan negara...sebagai contoh..dari segi 'reading' kita berada di tempat ke 50 lebih..PADAHAL 1.Program NILAM dijalankan si semua sekolah...-MENUNJUKKAN KETIDAKBERKESANAN PROGRAM INI...NO.2.Semenjak tahun 2002..kebanyakan pelajar menyertai tuition..di kala ini..pusat-pusat tuition tumbuh bagaikan cendawan..tetapi masih gagal menghasilkan masyarakat yang membaca..sekali lagi kegagalan sistem pendidikan..ini belum termasuk tuition yang disediakan oleh pihak sekolah...SAYA BERHARAP SANGAT GURU-GURU YANG MEMBERI KOMEN,BERILAH PANDANGAN YANG LEBIH KRITIKAL...KERANA PIHAK PEMBAYAR CUKAI YANG MEMBYAR GAJI KITA SEDANG MEMERHATI KITA..GOLONGAN GURU NI KALA BAB GAJI OR SBPA...PANJANG BERJELA KOMEN...TAPI BAB ISI PENDIDIKAN ..BOLEH KATA X SEMPAT BACA.WALLAHUALAM.

    BalasPadam
  7. Tanpa nama.. kami guru pun pemayar cukai juga. Kalau gagal, maknanya macam salahkan guru saja. Guru pun ada anak-anak juga. Guru pasti mahu yang terbaik buat anak sendiri dan ank2 murid juga. Soal pendidikan ini kita tidak boleh main tergesa-gesa dan tuding jari kesalahan mana-mana pihak. Saya percaya pengisian pendidikan kita sebenarnya terlalu banyak. Bidang agama, moral, kerohanian, sahsiah, akademik, sukan, permainan, persatuan, kurikulum, ko-kurikulum, bahasa, sosial dan banyak lagi yang seolah mahu disumbat buat anak2 kita. Ini belum lagi soal kemudahan persekolahn, prasarana dan lain-lain. Setakat yang saya nampak, bilangan cerdik pandai negara kita dalam pelbagai bidang memang sudah banyak, pun begitu untuk mencapai tahap tertinggi samada tahap duniawi dan akhirat masih banyak perlu diperbaiki dan banyak cabaran. Saya percaya hanya gru sejati tahu dan faham membezakan antara kepentingan gaji dan masa depan anak bangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU SANGAT2 DENGAN KOMEN ANDA/TANPA NAMA...demi masa depan jenerasi/anak bangsa serta keberkataan gaji yg dinikmati..GURU SEJATI harus mengalas setiap perubahan dasar/pelan pendidikan negara kita yg kian mencabar minda pendidik dan anak didik.

      Padam
  8. shin bin apong27 September, 2012

    Skadar memberi pandangan, dgn adanya pelbagai agenda yg bkaitan yg dperkenalkan dr dulu hinggalah ke hari ini, psoalannnya...mampukah guru guru, para pelajar kita menggalas pelbagai program yg hampir saban thn, ada ada sajs yg dperkenalkan..takut takut guru guru n para plajar x larat nak pikul t n t masing masing skalupun baik cuma kita lihat kpd kmampuan n kekangan masa utk implements semua yg dcadangkan....

    BalasPadam