Kerja Kurang Akal Apabila Kurier Diri Sendiri Dalam Kotak

Kadang-kala bila bercinta manusia boleh menjadi seolah seperti hilang akal. Inilah yang terjadi apabila seorang lelaki dari Chongqing di Selatan China, hampir mati lemas selepas "isyarat romantis" secara memberi kejutan untuk teman wanitanya menjadi sesuatu yang di luar jangkaan awal. 

Mr Hu Seng telah meminta seorang rakannya menutup kotak dengan gam pita selepas dia masuk ke dalam kotak itu supaya dia boleh menghantar dirinya melalui perkhidmatan kurier kepada teman wanita, Li Wang, kononnya sebagai kejutan pada beliau.

Walau bagaimanapun, sikap inginkan sesuatu yang romantis bertukar menjadi peristiwa yang mengancam nyawa bagi Encik Hu apabila syarikat kurier telah melakukan kesilapan alamat dengan penghantaran ke alamat yang lain, sebelum menghantar ke alamat yang betul akhirnya.

Menunggu 30 minit bertukar menjadi pengalaman pahit tiga jam seterusnya bagi Encik Hu. Kotak tersebut pula terlalu tebal untuk dia membuat sebarang lubang bernafas manakala  dia sendiri tidak mahu merosakkan kejutan tersebut dengan memanggil untuk meminta pertolongan. Menurut Mr Hu, "Saya tidak sedar ia akan mengambil masa yang lama."

Gambar yang dirakam rakan Mr Hu sendiri sebaik menerima kurier yang mengandungi Mr Hu Seng-SUMBER

Apabila kotak tiba di tempat Li Wang, rakan Mr Hu telah bersedia untuk merakam acara tersebut. Walau bagaimanapun, mereka mendapati Mr Hu tidak sedarkan diri dan sudah dalam keadaan pucat apabila mereka membuka pakej tersebut. Selepas itu, paramedik dipanggil ke apartment beliau untuk memulihkan Mr Hu. 

Syarikat kurier apabila dihubungi menjelaskan, mereka tidak sesekali akan menerima penghantaran yang sebegini jika mereka telah mengetahui terdapat seseorang di dalam kotak. Jurucakap itu berkata, walaupun untuk penghantaran haiwan sekalipun, bekas khas akan digunakan supaya mereka boleh bernafas dengan betul.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, September 07, 2012

15 Komen:

  1. salam
    memang biasa terjadi bila akal ditipu oleh perasaan
    sudahnya sendiri juga yang susah

    BalasPadam
  2. assalam, mcm2 perangai pelik manusia ni...kdang2 tak terfikir dak akal kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul..tp yg ni pling tidak masuk akal..huhu

      Padam
  3. Idea gila yang memakan diri! Entah apa-apa la..


    Post Terbaharu Saya - Nokia Lumia 920 Tampil Dengan Fungsi Pengecas Tanpa Wayar

    BalasPadam
  4. Salam...

    Moga saudara sihat hendaknya..
    Payah juga manusia ni kalau dah cerdik sangat..:)

    BalasPadam
  5. boleh tiru idea ni
    boleh melancong sedunia dgn cara ni, jimat sikit belanja :)

    BalasPadam
  6. Hehehe... macam2 lah. Nasib baik tak dihumban ke laut, jika tak mati tak berkubur lah dia.

    BalasPadam
  7. Ada juga orang macam nih yer,just direct jer lah gi jumpa terus kan senang hehehe..

    BalasPadam
  8. tarik nafas ni, manusia2 inilah manusioa yg terlalu lemah...ada saja perkara pelik..tak bersyukur, nyawa hanya 1 Allah bagi..

    BalasPadam
  9. Tak de kerja cari pasal nie naya :(

    BalasPadam
  10. Buat lagi kerje giler....Kan dah mendapat...

    BalasPadam
  11. Ni la namanya takda penyakit pegi cari penyakit. Nasib baik tak mati dalam kotak tu.

    BalasPadam
  12. salam..buatlah lagi..nak surprise lah sgt smpai membahayakan diri je..ish ish

    BalasPadam
  13. dah takde kerja betul orang ini, akal letak dekat kepala lutut

    BalasPadam
  14. Hampir melayang nyawa kononnya untuk membuat kejutan kepada kekasih.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA