Blog Denaihati Bagi RM6300 Duit Raya Buat Rakan Blogger

Bro Amir empunya blog Denaihati telah mengumumkan para blogger yang mendapat Duit Raya sempena Syawal 1433H tahun ini. Sebanyak RM100 setiap seorang dan seramai 63 orang telah layak menerimanya, dengan jumlah keseluruhan RM6,300 berdasarkan entri 10 Entri Terbaik Denaihati yang telah di kirimkan serata blog sebelum ini sebagai syarat utama.

Memang benar jangkaan saya sebelum ini, memang tak sia-sia join program yang sering dianjurkan oleh blog Denaihati kerana bukan sahaja kita mendapat ramai kenalan rakan blogger seluruh dunia selain info dan panduan berguna berblogging turut sering dikongsi beliau. Kalau bab bagi hadiah sesama rakan blogger, Bro Amir dan Denaihati Network tidak pernah lokek.

 
Selain itu, program kemasyarakatan yang sering di anjurkan Bro Amir dan Denaihati Network, telah banyak membantu setiap insan yang memerlukan di seluruh negara termasuk masyarakat islam lain di luar negara. Yang terkini adalah Tabung Jejai(Rakan Blogger yg terkena Kanser Paru-Paru Peringkat Empat), Tabung Madrasah Tahfiz An Nuur dan Tabung Kemboja.

Kepada pemenang Bonus Aidilfitri 2012  Denaihati, tahniah buat anda semua dan apa kata kita semua infaq hadiah yang dimenangi kepada Tabung Jejai, empunya blog teratakarmo.com yang mengidap Kanser Paru-Paru Peringkat Empat atau Tabung Madrasah Tahfiz An Nuur atau Tabung Kemboja. Hari ini hari mereka yang memerlukan, siapa tahu hari besok, lusa kita pula yang memerlukan? Semoga Allah memberkati kalian semua, amin.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, September 04, 2012

13 Komen:

  1. terbaik kan Denaihati, hidup untuk memberi

    Semoga bro jejai sembuh..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kita bantu apa yg termampu :)

    BalasPadam
  3. usaha yang baik tahniah..........

    BalasPadam
  4. Semoga niat dan usaha yang suci murni ini akan diberkati, tahniah kepada semua pemenang.

    BalasPadam
  5. Semoga program dari Denaihati akan diteruskan sampai bila-bila. Memang berbaloi-baloi!

    BalasPadam
  6. hadiah yang lumayan, boleh beli baju baru tu bro hehe

    BalasPadam
  7. denaihati mmg pemurah..
    blom pernah menang di denaihati lgi :)

    BalasPadam
  8. Blog DenaiHati banyak menganjurkan contest dan hadiah yang ditawarkan boleh tahan lumayan.

    BalasPadam
  9. banyak juga tu belanja bro DH nk bg duit raya..

    BalasPadam
  10. terbaik lar denaihati..tahniah seiape yang dapat..

    BalasPadam
  11. memang terbaik la denaihati nie sesuai dengan taglinenya,,hidupkan untuk meberi.

    BalasPadam
  12. salam
    tahniah kepada pemenang dan denaihati sebagai penganjur
    moga murah rezeki selamanya

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA