Semakan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Atau Setaraf Sesi Akademik 2012/2013




Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat 13 Julai 2012. 

Calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai jam 12 tengah hari. Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu laman sesawang KPT; talian bantuan (Helpline), talian hotline; dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Julai 12, 2012

10 Komen:

  1. dah lama nantikan keputusan ni. teruja. tapi bila baca balik, cuak pula kat hati ni.

    doakan saya dapat masuk sesi ni ye abg zul. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah..
      ada rezeki anda nanti
      tawakkal je okey,selain
      berdoa..amin

      Padam
  2. Ramai kawan lepasan STP. Harap dapatlah mereka sambung belajar :)

    BalasPadam
  3. assalam, pakat belajar ramai2

    BalasPadam
  4. Mak mak pun berdebar ni....

    BalasPadam
  5. assalamualaikum.. thankz 4 da info.. tapi an, nape kat web MOHE dok tulis minggu ke-2 julai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam wbt
      Keputusan dah keluar minggu kedua Julai 2012
      cuma semakan dalam talian(online) boleh masuk
      bermula 13 Julai 2012 nanti

      Padam
  6. zaman saya dulu, check guna telefon umah ataupun public phone. seksa nk tembus talian :p

    BalasPadam
  7. teringat pula saat ketika mula-mula mahu sambung belajar ke IPTA dulu, berdebar bukan main..

    BalasPadam