Atlet Olimpik London 2012 : Mariam Erzouqi


 
Mariam Erzouqi mempunyai anak mata berwarna hijau muda

Berusia 24 tahun , Mariam Erzouqi merupakan wanita Kuwait yang kedua bertanding di sebuah Sukan Olimpik. Mempunyai keserasian dengan raifal beliau dan akan bertanding demi pingat dalam acara 10 dan 50 meter raifal udara di London. Beliau pertama kali memegang senapang di kelab menembak Kuwait ketika berusia berumur 17 tahun pada 16 Jun 2004.

Mariam Erzouqi datang dari keluarga penembak wanita yang turut membantu memberi sokongan penting kepada Mariam. Empat adik-beradiknya yang lain, turut menjadikan senapang sebagai sukan di bawah bimbingan ibu mereka Awatif, yang juga seorang penembak dan hakim pertandingan.

Pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan di sebuah universiti, Mariam Erzouqi mengikut jejak langkah Danah al-Nasrallah, atlet wanita Kuwait pertama untuk bersaing di sebuah pertandingan Olimpik. Nasrallah mengambil bahagian dalam acara 100 meter pada tahun 2004, dengan kedudukan 61 daripada 63 pesaing dalam pusingan pertama.


Mariam Erzouqi menduduki tempat kedua dalam pusingan kelayakan Asia dalam kategori senapang 10m, dan mendapat disiplin yang terbaik. Beliau memenangi dua pingat emas pada Sukan Negara Arab baru-baru ini dan turut bertanding dalam satu sukan tradisi di Kuwait.

Negara Kuwait hanya memenangi satu pingat Olimpik, gangsa dalam acara "double trap shooting" di Olimpik Sydney 2000. Media Kuwait telah memberi liputan positif kejayaan Mariam dan kelab menembaknya berkata, ia menggalakkan peserta wanita islam dari benua Arab lain untuk mengambil bahagian dalam sukan ini.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Julai 16, 2012

7 Komen:

  1. assalam, begitulah hendaknya wanita Islam, bersukan tp aurat ttp dipelihara...barulah ada aura...

    BalasPadam
  2. Jangan main-main.. Nanti kena tembak! :D

    BalasPadam
  3. walau apa keadaan tutup aurat tu yg penting
    tertarik sukma dlm acara sepak takraw perempuan. Ramai yg bertudung, berseluar panjang buat lipat gulung :)

    BalasPadam
  4. Hebat penembak wanita muslim.

    BalasPadam
  5. bagus...ini membuktikan bahawa wanita islam bertudung pun boleh berjaya dalam sukan...

    BalasPadam
  6. ...wanita muslim juga mampu kan..

    BalasPadam
  7. boleh dijadikan contoh :)

    BalasPadam