Lagi Gambar Sekitar Himpunan Oren 14 Julai 2012

Himpunan Oren 2012 yang membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa, walaupun sasaran awal sebanyak 20,000 peserta tidak tercapai, namun penyerahan memorandum kepada pihak Istana Negara berjaya dilakukan kira-kira jam 3.15 petang Sabtu 14 Julai 2012 dengan kerjasama pihak PDRM.
 
 
FOTO: Sinar Harian
LAGI GAMBAR

Dianggarkan kira-kira 5,000 orang peserta hadir dalam himpunan aman tersebut. Turut terlibat dalam Himpunan Oren 2012, Selamatkan Felda ialah Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Teras Pengupayaan Melayu (Teras),  Angkata Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badan Bertindak Peneroka Felda Malaysia (Bangkit)

Turut sama bergabung ialah, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim), Badan Bertindak Peserta Felcra Malaysia (Bapa) dan Sekretariat Kebajikan Bekas Tentera Malaysia (Kerabat).




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 15, 2012

12 Komen:

  1. Tanpa Nama15 Julai, 2012

    Owh cuma 100 orang je yg ikut. Memang tak dapat sambutan langsung la perhimpunan kali ni. Mungkin juga ramai yang dah sedar keburukan demonstrasi. Yang datang tu pun bukan orang felda. Tiada apa yang perlu digentarkan la. Dah tersenarai pun. Esok lusa tunggu je la datang jentera penolak tolak ladang masing-masing. Masa tu, mungkin cuma 50 orang je buat bantahan. Semua setuju dengan apa yang kerajaan buat. Angguk-angguk, geleng-geleng.

    BalasPadam
  2. diorg ni bknnya peneroka..entah2 biji kelapa sawit pon x pnah lihat..

    BalasPadam
  3. Boleh tahan ramainya yak...

    BalasPadam
  4. Wah, ramai yang bantah nampaknya. Kalau lepas ni ada keburukannya memang ada logiknya perhimpunan ini. Mereka akan cerita panjang sampai ke anak cucu.

    Tapi kalau dapat faedahnya nanti, mungkin senyap aje seribu bahasa.

    BalasPadam
  5. ramai gak yang turun...kita tunggu dan lihat saja nanti...

    BalasPadam
  6. Mula-mula start dengan KUNING, lepas tu masuk pulak dengan HIJAU dan diikuti rapat oleh warna OREN...

    Lepas nie warna apa pulak yer...?

    BalasPadam
  7. subhanallah...

    naper x dipapar dlm tv malaya ye..
    indahnya malaysiaku dan aku bangga mnjadi sebahagian darimu.
    syabas OREN!!

    BalasPadam
  8. salam
    berhimpunlah dengan aman

    BalasPadam