Gambar Nikah Kahwin Nurul Dengan Eric Daniel Depp

Dengan sekali lafaz akad nikah dalam Bahasa Inggeris, penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) sah bergelar isteri kepada seorang perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47 tahun.

 
FOTO: mStar

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 14, manakala Eric hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp. Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun selepas perceraian dengan komposer terkenal Ajai, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000). Tahniah buat kedua mempelai, semoga pernikahan ini diberkati Allah dan kekal hingga akhir hayat.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Jun 06, 2012

6 Komen:

  1. salam
    tahniah untuk mereka
    moga kekal bahagia selamanya

    BalasPadam
  2. tahniah. moga kekal ke akhir hayat.

    p/s: boleh tahan ensem asben dia...itulah dinamakan JODOH. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..
      kalau dah JODOH..
      Asam di gunung..
      ikan di lautan..
      Dalam kuali bertemu jua..
      :)

      Padam
  3. Semoga nurul bahagia hendak nya

    BalasPadam
  4. moga bahagia hingga ujung nyawa... (sweetkurma)

    BalasPadam
  5. tahniah kepada nurul :)

    BalasPadam