Piala Thomas 2012 Milik China Menang 5 Kali Berturut

China mempertahankan kejuaraan Piala Thomas buat kali kelima berturut-turut selepas mengalahkan Korea Selatan 3-0 pada final di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan, Ahad. Ini merupakan kali pertama negara yang sinonim dengan Tembok Besar itu memenangi kejohanan berprestij di tempat sendiri untuk muncul juara buat kali kesembilan sejak 1982.

 
FOTO : AP

China telah membuktikan bahawa mereka masih merupakan gergasi sukan itu apabila juara Olimpik 2008, Lin Dan, dengan mudah meraih mata pertama dengan menjinakkan pemain senior Lee Hyun Il 21-14, 21-17. Pemain peseorangan kedua China, Chen Long menyumbang mata kemenangan apabila mengalahkan Sho Wan Ho 21-9, 21-13.

Korea Selatan, yang julung kali melangkah ke final, cuba memberi saingan pada perlawanan kedua tetapi sukar dengan kehebatan beregu nombor satu dunia, Cai Yun/Fu Haifeng yang mengalahkan Lee Yong Dae/Kim Sa Rang 21-16, 25-23. Selepas ini  Sukan Olimpik 2012 London menyusul dan merupakan salah satu kejohanan sukan paling berprestij di dunia, turut menyenaraikan acara badminton.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mei 27, 2012

5 Komen:

  1. Memang terlalu hebat pasukan badminton China ni

    BalasPadam
  2. assalam, bila pulak giliran kita?

    BalasPadam
  3. Negara tanah tembok besar China benar-benar serius untuk Piala Thomas dan sukan Olimpik London. Skuad badminton negara bagaimana pula?

    BalasPadam
  4. salam
    kita gigit jari je
    jangan la lepas ni sampai terpaksa gigit jari kaki
    huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. lpas jari kaki..nk gigit ape lak..hehe

      Padam