Pelayar laman web akan lebih cenderung untuk mendapat virus pada komputer mereka dengan melawat laman web agama daripada melayari laman web lucah, menurut kajian yang dikeluarkan oleh syarikat perisian anti virus Symantec.
"Drive-by attacks" di mana penggodam memasang ranjau "booby-trap" di laman-laman web yang sah dengan kod tertentu yang berniat jahat, menurut syarikat anti virus dari Amerika, Symantec dalam Laporan Ancaman Internet Security mereka.
Laman web dengan tema keagamaan atau ideologi telah didapati mempunyai tiga kali ganda bilangan purata "ancaman" berbanding dengan laman web yang memaparkan kandungan dewasa contohnya laman web berunsur lucah.

"Ia adalah menarik untuk diambil perhatian, bahawa laman-laman web yang menganjurkan kandungan dewasa atau lucah dan di kedudukan 5 teratas carian, tetapi berada di kedudukan 10 dari segi ancaman malwares atau virus. Kami mengandaikan bahawa, ini adalah kerana pemilik laman web lucah yang sudah membuat wang dari Internet dan mempunyai kepentingan dalam memastikan laman web mereka bebas virus dan malwares".- SUMBER
Laporan itu berdasarkan maklumat berkumpul tahun lepas oleh Rangkaian Perisikan Global Symantec, yang memantau aktiviti serangan siber di lebih 200 buah negara melalui perkhidmatan dan sensor mereka. Symantec berkata bahawa ia telah menyekat 5.5 bilion serangan pada tahun 2011 dalam peningkatan sebanyak 81 peratus daripada tahun sebelumnya.
Selaras dengan trend terkini yang dilihat oleh firma-firma keselamatan Internet yang lain, Symantec juga melaporkan peningkatan dalam "hacks" terhadap telefon pintar dan komputer tablet di seluruh dunia. Serangan virus dan malwares juga disasarkan kepada pekerja dalam syarikat atau agensi yang berasaskan sektor kerajaan.