Video Kena Ban Dengan You Tube

Salam semua, ermm.., sedih dan sakit hati pun ada hari ini bila video yang dibuat susah-susah dengan menulis lirik arab dalam tulisan rumi agar mudah dibaca oleh mereka yang kurang arif membaca tulisan jawi telah diban oleh You Tube semalam. Ini yang keluar pagi ini bila saya ke You Tube :
"Mawlaya - Maher Zain..."
This video is no longer available due to
a copyright claim by Awakening Worldwide LTD.
Sorry about that.
Dan ini pula email yang saya dapat dari pihak You Tube berkenaan video tersebut serta pelbagai amaran di dalamnya. Sedihnya bukan apa, saya pun bukan selalu memuat naik video ke You Tube, cuma apabila ada lagu-lagu dakwah yang menarik dan berilmu, saya tergerak hati untuk berkongsi dengan pembaca blog saya.



Sebelum ini saya merasakan, dengan cara mengolah video sendiri dan dimuat naik ke You Tube, satu cara yang lebih profesional seorang blogger apabila menulis berkenaan sesebuah lagu yang mungkin dicari oleh pembaca melalui carian di enjin carian. Rasanya, tak semua orang terus membuat carian di You Tube kan?

Sekarang saya terpaksa menerima hakikat, dengan akta hakcipta yang semakin ketat sekarang ini,  hanya dengan cara menyanyikan lagu sendiri sahaja baru boleh di muat naik ke You Tube. Jika tidak, anda telah melanggar undang-undang hak cipta yang telah diluluskan parlimen US tempohari.

Risau juga saya, bila dalam amaran tersebut ada di nyatakan. "Berfikir dahulu sebelum anda membuat rayuan, kerana anda boleh di saman..bla bla bla.." Ermm, baik jangan rayu lah, hanya pendamkan sahaja perasaan GERAM, SAKIT HATI dan SEDIH, bila video ini diban You Tube.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...