Gempa Bumi Aceh 11 April 2012 : Tsunami Mula Datang Ke Pantai

Gempa bumi hari ini di Aceh, dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri. Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.

Agensi mitigasi bencana Indonesia menghantar pasukan penyelamat ke Aceh, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini, yang disusuli dengan amaran tsunami yang dikeluarkan kerajaan Indonesia. Gempa bumi kuat itu menyebabkan bekalan elektrik di beberapa wilayah terputus, manakala orang ramai bergegas ke kawasan lebih tinggi.
 

Menurut maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 7,6 Skala Richter telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. Gempa itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. Kedalaman gempa berukuran 10 kilometer. BMKG mengeluarkan peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu, dan Lampung.

Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Jadi rakyat Malaysia juga perlu berjaga-jaga dan elakkan dari berada berdekatan kawasan pantai. Ini kerana ada maklumat mengatakan Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am.

TERKINI : SINGAPURA 11 April 2012 – Tsunami setinggi 0.8 meter dilaporkan di Lautan Hindi dan menuju wilayah Aceh, Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda luar pantai Sumatera, hari ini.- REUTERS



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, April 11, 2012

10 Komen:

  1. harap msia tak kena bro....

    BalasPadam
  2. Moga kita semua dijauhkan dari bencana ini... amin Ya Allah

    BalasPadam
  3. Saya bimbang dengan maklumat yang disebarkan tanpa mengenal pasti punca kesahihannya.

    Laman Jabatan Meteorologi Malaysia tidak boleh diakses. Saya merujuk maklumat terkini daripada Unicef Malaysia Fan Page. Bagi agensi Meteorologi Malaysia perlu perbaiki saluran penyebaran maklumat seperti mengunakan Facebook dan Tweeter.

    BalasPadam
  4. Doa dan harapan bersama semoga bencana ini dijauhkan drp kita semua amin.

    BalasPadam
  5. Semoga kita dijauhkan dari malapetaka ini. Amin!

    BalasPadam
  6. 17 sm tinggi ke????????????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama12 April, 2012

      a'ah..mcm pelik je.. lbih kurg mcm pembaris pendek tu jer..hmm??

      Padam
  7. Salam
    Berita tv tadi melaporkan amaran tsunami telah ditarik balik

    BalasPadam
  8. deretan tepi peta bumi yang menjadi gegarannya..walau seketika tapi cukup terasa

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA